Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, September 18, 2017

Tempat Riadah Dan Shopping


Ha ni dia dua puteri lina. Yang belakang tu si kakak sulong satu lagi yamg nampak cheeky tu bakal kakak.hehe...

Saje lina nak kongsikan tempat yang lina dan suami suka bawa anak2 beriadah. Hari bekerja lina balik rumah dah pukul 3 atau 4pm. Jadi kadang nak riadah paling dekat suka pergi DATARAN PAHLAWAN.

Seronok anak2 berlari2...ayahnya pun dapatlah exercise berlari sekali. Mama yong boleh duduk tepi dulu sambil makan.hahaha...

Lepas dah syok berlari, masuk dalam mall, amik aircond sambil window shopping. Atau balik je terus...

Rumah lina dengan dataran pahlawan ni 5minit je. Cuma kalau weekend ni ramai lerr sikit.

Sebab dah jadi orang Melaka, lina sebenarnya suka duduk Melaka.hehe...

Banyak tempat2 best dan menarik. Kalau family datang, merata boleh bawa berjalan...

Nanti lina cerita lagi tentang Melaka ye..


Read More

Sunday, June 04, 2017

Raya Isteri Seorang Pelaut

Assalammualaikum semua...
Tiba2 lina rasa nak kongsikan detik raya pertama selepas mendirikan rumah tangga.hehe
Sebabnya lina adalah isteri seorang pelaut. Nak mudah faham, engineer kapal. Ye, kapal. Kapal yang pergi ke tengah laut sana ke pelantar2 minyak tu. 

Jadi, untuk menyambut Hari Raya bersama suami tercinta adalah bergantng pada contractnya di kapal. Katakan masih lagi di kapal maka beraya lah lina bersama keluarga tanpa suami di sisi. Kalau kebetulan waktu sign off, maka dapatlah kami beraya bersama. 

Kahwin 2010, 
2011- suami atas kapal, jadi lina beraya bersama keluarga. Masa ni sedang hamil anak sulong.
2012- suami baru sign off. Ni kali pertama kami beraya bersama. Diserikan pula dengan permata hati sulong Ahna Sofiyyah. Baju raya kami beli di bazaar beberapa hari sebelum raya.


2013- suami atas kapal, Masa ni mengandung anak kedua pula..
2014- suami sign off beberapa hari sebelum raya. Berdebar juga andai tak turun sebelum raya. Baju raya sekali lagi kami luangkan masa sehari pusing-pusing dan beli. Warna pun on the spot je pilih. Sempoi je!


2015 - suami atas kapal. Beraya bersama dua puteri dan keluarga. Tabah betul di pagi raya.
2016 - suami ada bersama. Tapi seminggu sahaja sebelum naik kapal semula. Alhamdulillah, puas juga buat persiapan raya. Kuih raya penuh semua balang tapi tak sempat buat open house.hehehe


2017 - InshaAllah, dapat raya bersama suami. Sebab suami sedang sambung belajar untuk naik next level. Kalau tak, atas kapal agaknya. Persiapan? Sederhana sahaja. 

Saje lina coretkan di sini sebagai kenangan. Menjadi isteri pelaut memang perlu tabah. Alhamdulillah, berlapang dada dan bergembiralah kerana terlalu banyak nikmat Allah kurniakan untuk bersedih. 

Dan aturan Allah itu cantik je bila dilihat. Selang setahun dapat berhari raya. Bukan dirancang tapi kebetulan. Ok lah tu kan?

Salam Ramadhan semua!

Teruskan berebut ganjaran Ramadhan...


Read More