Assalammualaikum...
Saya terpanggil untuk kongsi tentang masititis iaitu jangkitan kuman pada miss b. Sebabnya? Ia telah berlaku pada diri sendiri dan saya takde knowledge tentang ni. Ingatkan bengkak susu biasa.
Saya terpanggil untuk kongsi tentang masititis iaitu jangkitan kuman pada miss b. Sebabnya? Ia telah berlaku pada diri sendiri dan saya takde knowledge tentang ni. Ingatkan bengkak susu biasa.
Ok, ini kisahnya:
21Oktober dah mula rasa sakit berdenyut2 dekat sebelah miss b dan cuma bahagian bawah je. Saya tahan2kan dan buat taktahu je. Sebelah malam rasa sakit tu bertambah2..berdenyut2 sangat rasa sakit yang amat sampaikan susah nak tidur. Saya tuam2kan dengan air panas ingatkan block duct atau bengkak susu dan biarkan adik menyusu sebelah situ...tapi tetap sakit lagi...sakit sangat...sampaikan kepala pun sakit menahan rasa sakit..
Esoknya 22 Oktober pergi je sekolah macam biasa, padahal tengah menahan rasa sakit. Hati tak keruan takut sakit lain ke. Dah mula fikir kalau pape jadi kat diri ni, anak2 macam mana?huhu...Pastu terus pujuk hati dan memang cuba positif je. Cakap dengan diri sendiri takde pape..jangan risau..
Mengajar macam biasa 4 waktu sederet pagi tu..masih boleh bertahan. Orang yang tengok memang dari luar nampak saya ok sebab jumpa orang senyum je macam biasa..padahal sakitnya ya Allah... Masa kelas yg pukul 11 rasa sakit tu berdenyut2 sangat ditambah badan macam menggigil. Terus cakap dengan students, saya nak pergi klinik, dan tinggalkan tugasan.
Terus pergi Klinik Amal dan Surgeri dekat Semabok Perdana, walau bukan panel doktor klinik ni perempuan dan sangat lemah lembut. Oh ya, drive dari ayer keroh ke semabok tanpa buka aircond langsung. Rasa legaaaaa panass. Sebab badan rasa seram sejuk dan dah menggigil.
Saya bercakap dengan doktor semua yang saya rasai dan bagitahu saya masih menyusukan anak. Terus doktor tersenyum dan cakap, kalau macam tu ni mesti infection. Saya bagitau doktor saya risau ni doktor tapi takde luka pape takde nanah ke cuma sakit yg amat sangat. Suhu masa tu 40. Doktor cakap awak demam panas ni tak perasan ke? Saya cakap badan memang dah menggigil.
Lepastu doktor suruh baring dan periksa, kata doktor, dah merah2 ni memang ini infection, kuman dari dalam badan dan dah masuk ke dalam saluran susu..kalau dibiarkan akan bengkak dan mengeras bertambah2 sakit nanti. Adohai, mujur saya lawan rasa takut dan cepat2 ke klinik.
Kata doktor, ia tak membahayakan baby, teruskan je menyusu macam biasa, antibiotik dia bagi makan bagi habis. Siap dengan ubat tahan sakit dan ubat demam.
Lepas saya dah tahu tentang istilah masititis saya mulalah google dan baca tentang ni.
Ok, apa yang dapat saya simpulkan tentang masititis ni:
- tak perlu scan / bedah / lab specimen
- kerapkan menyusu anak pada miss b yang kena mastitis akan cepat pulihkan walau akan rasa sakit
- tidak memberi kesan pada baby yang menyusu, teruskan penyusuan dan kerapkan
- antibiotik yang diberi tak memberi kesan pada baby
- ada kaitan tentang miss b yang tak dikosongkan dengan betul (mungkin waktu pam saya tu ada beberapa kali terkejar2 dengan masa kelas)
Kaum wanita, kalau ada apa2 yang dirasakan pelik, janganlah takut untuk berjumpa segera dengan doktor. Jumpa dengan doktor perempuan taklah malu kan..Yang penting jangan bertangguh, jangan takut. Sayangi diri anda.
Mencegah memang sangat2 baik daripada mengubati. Tapi kalau Allah berikan juga sakit. Kenalah redha sebab sakit kan kaffarah...Allah sayang kita, mahu ampunkan dosa2...
Antara yang boleh diambil adalah sebagai pencegahan cancer adalah vivix.
Antara yang boleh diambil adalah sebagai pencegahan cancer adalah vivix.
Dan kalau demam dan rasa sengal2 je badan, elakkan telan panadol melainkan suhu terlalu tinggi, gantikan lah dengan menelan ostematrix.
Dan ambillah performance drink supaya badan akan kembali terhidrat dan segar. Semasa badan demam, badan memerlukan bendalir lebih dari kebiasaan yang diambil.
Untuk maklumat lebih lanjut, dan konsultasi PERCUMA, boleh hubungi saya:
0135907399
Lina
whatsapp/telegram/sms