Monday, February 19, 2018

Cara Menabung Untuk Anak Muda

Syok tak kalau boleh petik duit dari pokok?
Sayangnya itu mustahil..hehe
Nak merasai selonggok duit apa2 pun mesti kena menyimpan atau menabung. Nak tahu cara lina?
1) Set auto deduction ke tabung haji dan asb setiap 28hb. 
Jadi asal gaji masuk je duit dah selamat disimpan dulu. Ala caj 0.53 sen je. Dari pergi dengan kereta duit minyak dan masa pun lebih 0.53sen.
2) Main kutu
Lina main kutu sebulan seratus dengan 10orang dalam group. Sekali dapat nanti RM1000. Yang ni nak simpan separuh belanja separuh.hehe...
3)Tabung RM20
Ha dulu lina buat RM5. Dalam setahun pejam celik dah dua ratus lebih. Kali ni RM20. Takmo kira lagi. Nanti tarikh sampai baru kita kira.

Yang penting MULAKAN! 


Read More

Thursday, February 15, 2018

Kenapa Anak2 Tidak Suka Makan Sayur

Sepanjang lina makan dengan students, lina perhatikan majoriti memang tidak akan makan sayur tu. Cikgu jugaklah yang makan sebab sedap 😂

Mesti ada sebab kan tak suka sayur. Jom tengok sebab apa...

Kenapa anak2 tidak suka makan sayur?
-----------------
1. Tidak diperkenalkan dan dibiasakan.

2. Ibu bapa sendiri tidak suka makan sayur atau buah!

3. Tidak memahami khasiat sayur dan buah

4. Penampilan sayur dan buah yang kurang menarik.
Zaman ini, lebih banyak makanan ringan atau 'snacks' yang dibungkus dengan menarik.
Mana ada iklan untuk promosi sayur2 kan?huhu

Jadi untuk anak2 yang masih kecil, jom kita cuba biasakan dan terangkan setiap kebaikan sayur yang ada secara santai. Contohnya, makan carrot nanti mata cantik tau, macam princess elsa 😍

Tapi sebelum tu, kenalah jadi contoh dulu tau. Mak ayah yang kena makan dengan kerap sambil tunjuk ekspresi sedap!!!

😉😉😉

#ParenthoodbyLina
Read More

Tuesday, February 13, 2018

Tips Penjagaan Gigi Kanak-kanak

Tips Penjagaan Gigi Kanak2
-----------------------------------------------

1) Kawal Pemakanan.
Elakkan penagmbilan makanan yang tinggi gula. Galakkan pemakanan sihat seimbang dan kaya kalsium.

2) Jangan biarkan anak tidur bersama botol susu.
Susu juga mengandungi gula, elakkan anak2 tidur sambil minum susu apatah lagi air bergula.

3) Gosok Gigi Dua Kali Sehari
Pastikan anak2 gosok gigi setiap pagi dan sebelum tidur. Jadikan kebiasaan sejak kecil lagi.

4) Bawa mereka membuat pemeriksaan gigi 2kali setahun.
Apabila usia menjengah 6tahun, dah boleh bawa untuk pemeriksaan secara rutin.

5) Ganjaran untuk GIGI CANTIK!
Berikanlah hadiah atau ganjaran apabila anak2 berjaya menjaga giginya dengan cantik sekali 😍

Kerosalan gigi kanak-kanak lebih cepat berlaku disebabkan anatomi lapisan enamelnya dan dentin yang nipis.

Jom kita sama2 share dan amalkan.
Mencegah kerosakan gigi mereka dari kecil adalah terbaik!

#ParenthoodByLina
Read More

Sunday, February 11, 2018

Elakkan Anak Bersama Gajet dengan Bermain "Role Play"

Nampak macam biasa2 aje binaan ini. Tapi ada kisah di sebaliknya. Lepas dah siap, dengan semangatnya sakinah cerita, ini rumah mama, ayah, kakak, maktok, tokwan, atok, nenek..dll.. Rupanya dia tengah binakan rumah seorang satu 😂

Anak2 ni memang bermain dengan penuh imaginasi.

Jadi kenapa mesti kurangkan gajet dan biarkan mereka bermain secara "role play". Yang ini selalu kan, berlakon jadi mak, ayah, jadi cikgu, jadi princess...memang tergelak2 bila pandang dari jauh.

Kebaikan "role play" pada anak2:
Mereka sebenarnya bereksperimentasi dalam membuat keputusan, dan juga mengasah kemahiran komunikasi dan sosial apabila bermain dengan watak dan kawan-kawan.

"Role play" membolehkan mereka meluahkan apa yang telah mereka pelajari dan alami dari persekitaran melalui apa yang mereka telah lihat, dengar, hidu, rasa dan sentuh.

Galakkan dan jadilah sebahagian dari "pelakon" mereka..hehe

#parenthoodByLina
Read More

Saturday, February 10, 2018

Kenapa lina memilih berbisnes walau sudah ada kerjaya tetap?

Kenapa lina ni nak sangat buat kerja kedua walau dah ada kerja hakiki iaitu guru. Sebab lina bekerja di sektor swasta dan suami juga di sektor swasta.
                                                         
Target lina supaya lina ada satu kerja yang lina suka yang boleh jana income yang dah stabil dan lina boleh selesa berkata "andai lina perlu berhenti atau apa2 berlaku, dah ada jalan kedua".

Kerja di sektor swasta macam2 boleh jadi. Jadi kena ada simpanan dari sekarang. Lina memang tak pernah usik duit kwsp selama bekerja hampir 6tahun ni dan tak mahu gunakan langsung sekurang2nya nanti jumlahnya berganda.                                     

Semoga dengan bisnes shaklee lina dapat menjamin masa depan keluarga dan membantu ramai orang sihat pada waktu yang sama. Seronok bila dapat feedback positive tau! Bahagia rasa..hehe

Tapi di sudut hati lina masih suka mengajar. Suka berdepan dengan anak murid. Cuma zaman sekarang kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Demi anak2 tersayang ❤

Nak mulakan bisnes dengan RM69? Jom hubungi lina di 0135907399.
Read More

Friday, February 09, 2018

Apa Azam 2018 Anda?

Tahun ni akan ada perubahan besar bagi lina, nak bertukar status tak lama lagi. Dari #makanakdua ke #makanaktiga. 😂
Bertambah riuhlah rumah ni nanti. Alhamdulillah, ini semua pinjaman amanah dari Allah untuk mama ayah didik sebaiknya.

Azam ada banyak untuk 2018. Untuk anak sulong mama, salah satunya untuk naikkan tahap konfiden kakak untuk ke depan dengan buat self affirmation setiap hari dan mulakan mengajar membaca siri "Peter and Jane" dan habiskan sebelum kakak masuk darjah1.
..
Untuk puteri kedua mama, mama nak ajar kinah ikut mama solat tiap waktu maghrib. Dan semak pergerakan serta bacaan solat. Selalu mama biar kinah kejap ikut kejap tak, kakak sorang je mama perhati dan ajar. Tahun ni mesti dua2 ikut. Mesti dua2 ngaji lepas maghrib. Lepas Isyak baru boleh buka tv.
..
Banyak fokus lina untuk anak2. Untuk diri sendiri lagi banyak sebenarnya.hehe
..
Eh panjang pula, doakan lina jadi mama yang penyabar dan mampu membesarkan anak2 menjadi anak2 solehah yang bijak.amin...
..
Doakan lina berjaya tau...
Anak bertambah tanggungjawab bertambah 😍

Read More

Wednesday, February 07, 2018

Persiapan Bag Hospital Mama dan Baby

Assalammualaikum mommies...
Lina baru je siapkan bag hospital sempena nak masuk minggu ke 38 esok. Ha! Baru nak kemas oi...orang dari minggu ke 30 dah standby... Takpe, yang penting sekarang dah siap dan suami dah letak tepi pintu rumah lagi...

Dalam entri lepas lina share tentang bag labour room. Klik sini...

Ok jom tengok apa kandungan bag hospital pula:

Barang baby:
✅Tuala
✅Lampin saiz biasa 2
✅Lampin besar 1 (nak bedung)
✅2pasang mittens and booties
✅Baju baby 4 (2lengan pjg, 2lengan pendek)-banyak sikit sebab kadang bby berak bocor kan
✅Barut (4helai)
✅Wet tissues
✅Pampers (14helai)
✅Sabun 
✅Minyak telon
✅Krim herbal blend shaklee

Barang mama:
✅Nursing bra 2helai
✅Pad (lina guna overnight biasa yang tampal kat underwear tak guna yang jenis tali tu)
✅Disposable panties 1pack (sangat penting sebab kalau bocor ke tak pening nak mencuci sikit2 je basuh buang terus)
✅Tuala
✅Kain batik
✅Stokin tebal
✅Baju nursing (utk balik rumah nanti)
✅selipar
✅Toiletries 
✅Minyak herbanika

Yang ni semua lina masukkan dalm satu bag je. Takde buat bag baby asing dengan bag mama. Sebab takut suami tak ingat kang.hehehe... Maklumla ni anak ke3 nanti nak uruskan yang besau dua orang. Cuma pesan bag biru ni bag hospital. Abg angkat yang ni je kalau emergency. Dalam ni dah ada bag hijau kecik untuk labour room.


Makanan2 dan yang lain2 macam hp, charger, quran, itu semua kemudian. Yang penting untul standby bila2 masa ni dulu. 

Ok, bileh share untuk kegunaan mommies lain.hehe

Doakan lina ye...

Lina kali ni berpantang dengan SET SHAKLEE dan beberapa item NONAROGUY. Nanti lina share entri tentang set berpantang pula ye..

p/s: rasa lega bila dah nampak kewujudan bag hospital.hehe


Read More