Salam Sejahtera!
Rasanya ramai dah tahu tentang kedai yang semua sajiannya berharga RM1.90. Jadi kita boleh makan pelbagai jenis hidangan. Namanya pun "Eat and Repeat".hehe
Lina pernah tengok kat fb tapi dekat KL sana. Sekarang dah ada di Melaka...
Terletak di Taman Lagenda, deretan kedai betentangan dengan AEON Bandaraya.
Ha ini semua menu yang disediakan. Mudah je kita tick dekat kertas dan hantar. Sekejap je dah siap hidangan.hehe
Ha ini menu kami. Suami makan nasi lemak dan nasi goreng kampung. Si kakak makan nasi goreng cina dan cendol. Si adik makan bihun sup. Mama pula mee bandung dan brownies ice cream.
Ni permulaan je.hehe...
Anak2 memang habis semangkuk dan kenyang tak tambah. Yang mama dengan ayah tambah nasi goreng kampung seorang semangkuk lagi 😂.
Kakak yang happy!
Jom cuba!
0 comments:
Post a Comment