Thursday, April 19, 2018

Tipa Ibu Bekerja Lengkapkan Penyusuan 2 Tahun



Sebelum masuk kepada tips, kita tgk kebaikan menyusu ni...

Penyusuan bukanlah satu pertandingan tetapi adalah perjuangan memberi yang terbaik buat si kecil ❤️

Kenapa mesti SUSU IBU?

Bayi yang mendapat susu ibu mendapat perlindungan antibodi yang sangat lengkap. Boleh tengok gambar tu. Suka kan kita bila anak sihat? Dan ingatlah bahawa setiap satu titisan itu dikira pahala buat ibu. Alhamdulillah besar ganjarannya.




Jadi tips pertama adalah MINDSET. 

👆Jangan rasa ragu2 langsung! Dari mengandung lagi kbena cari gali ilmu dan kena yakin yang ibu2 pasti dapat menyusukan anak sehingga 2tahun.

👆Lagi satu mindset adalah "susu saya cukup untuk anak saya". Tak perlu banding dengan orang dan jangan terpengaruh dengan kata2 "baby tak cukup susu, susu sikit". Baby kalau baru lahir perut dia kecil jadi susu memang cukup untuk saiz perut anak anda sendiri. 

YAKIN!



Ha ibu2 bekerja memang kena laburkan sedikit utk pam dan aksesori..takpe berbaloi kan 😊

Pemilihan pam bergantung pada masing2. Macam lina sendiri, lina gunakan pam medela manual dan double pump electric autumnz.

Masa kat rumah, lina suka guna medela manual sebab ringkas takde wayar2 dan boleh tandem kalau baby kebetulan bangun sama. Tandem dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu.

Tapi bila kat ofis lina prefer double pump electric. Sebabnya nak kejar masa dan tak lenguh tangan. 😊


STOK mesti mula semasa cuti maternity. Kalau boleh sebulan sebelum kerja dah mula. Lina dua minggu lepas bersalin dah mula sebab cuti cuma dua bulan.huhu

Memandangkan kita bekerja, nak taknak kena bottle train baby. Seminggu sebelum masuk kerja dah ok. Buat hari-hari. Jadi sebaik lahir jangan bagi botol ye..NO! Melainkan ada masalah spt puting tenggelam, luka dll..

Sebab pam terbaik adalah hisapan baby sendiri.

Dan semasa menyusu direct ibu sebenarnya happy sebab pegang baby, tgk muka baby, jadi hormon oxitosin, hormon gembira ni akan rangsang penghasilan susu yg byk..

Setakat ni bagi lina botol susu pigeon sgt bagus..puting dia memang baby suka. Tapi semua baby tak sama ye. Sebab tu kena try and error. Beli satu botol ta[i beberapa jenis puting. Antara yang popular MAM, Tommee Tippee dll..



Bila kita bekerja dan nak berikan susu ibu pada bby hingga 2tahun kita mesti ada jadual dan pam dgn KONSISTEN. Takleh seminggu sekali ke selang2...hari2 mau pam masa kerja ok😉

Sebab apa lina tekankan konsisten?

Penyusuan ni dia berkait dgn otak, bila kita konsisten pukul 8.30 cthnya tiap hari.. Otak akan hantar signal pada breast kata "sila hasilkan susu dah 8.30 ni"...jadi bila pam susu keluar dgn banyak....

Buat jadual yg serasi dgn jadual bekerja kita dan kena korbankan sedikit masa.

Memang penat terkejar2 tapi ingatlah ganjaran besar Allah beri 😊❤️



Ok tips akhir, banyak2 zikrullah dan doa

Doa byk2 dan menyusulah dengan GEMBIRA!!!

Hubungan semasa penyusuan ni hanya ibu yang merasai, hargai dan lalui nanti anak dah besar kita terkenang saat bayi mereka kan 😍


About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment