Saturday, March 31, 2018

AWAS! Shaklee bukan produk "organic"

Sekarang ramai sedar bahawa penting mengamalkan sesuatu yang organic. Tetapi shaklee bukan organic! 😲

Shaklee adalah BEYOND ORGANIC! 😍

10 kriteria yang mesti dipenuhi untuk mengekalkan standard Beyond Organic yang mana piawaian ini adalah lebih tinggi daripada piawaian USDA.

💚Greenfed
💚Pesticide/Herbicide/Fungicide/Chemical Fertilizer-Free Grazing
💚Chemical Medicine Free – No Antibiotics, No Hormones, No Vaccines
💚Kind Treatment of Animals/Animal Friendly
💚Sustainable Land and Soil Management
💚Non-GMO
💚Olde World Production Methods
💚Fair Made
💚Biblically-Based Processing Methods
💚Quality and Safety for Finished Products

Prinsip pertama Shaklee untuk Beyond Organic ialah, bahan-bahan semulajadi mestilah semulajadi mungkin.

Kedua, bahan-bahan tersebut harus mencerminkan kemajuan sains dan teknologi terkini. Kualiti unggul produk Shaklee adalah hasil menghormati kebijaksanaan alam semula jadi dan penggunaan kaedah penyelidikan dan pengeluaran yang paling canggih.

Mahukan sesuatu yang BEYOND ORGANIC??
Jawapannya pastilah SHAKLEE 👍
Read More

Thursday, March 22, 2018

Set Penjagaan Wajah Sesuai Untuk Lelaki

KULIT CANTIK MACAM ARTIS KOREA !!
Betul ke?
Bukti?

Yesss.





Inginkan kulit wajah flowless macam artis korea?
Inginkan wajah tegang macam baju lepas iron?
Inginkan kulit kembali sihat dan bersih macam bayi?
Inginkan kulit bebas jerawat seperti zaman kanak² dulu?

YOUTH SKINCARE is HOPE.

Rawat dan jaga kulit wajah anda dengan YOUTH SKINCARE.

👍DIFORMULASIKAN dengan bahan² semulajadi yang berkualiti tinggi.
👍TERBUKTI secara klinikal.
👍DIJAMIN 100% berkesan.
👍Kulit lebih MUDA dari USIA.

BEBAS dari 1500 bahan KIMIA BERBAHAYA.
TIDAK diuji ke atas HAIWAN.

Disebabkan YOUTH SKINCARE baru dilancarkan,SHAKLEE tengah buat PROMOSI MENGGILA hanya untuk anda !!

Intensive SET mengandungi :

1) LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
BEBAS SABUN tapi membantu MEMPERHALUS DAN MENYUCI kulit muka hingga ke dalam LIANG PORI.

2) PERFECTING SKIN TONER
Membantu membersihkan SEL KULIT MATI, MENGHIDRATKAN dan MEMBEKALKAN NUTRISI supaya kulit kekal berseri.

3) YOUTH ACTIVATING SERUM
Mengandungi 10 KALI GANDA bahan aktif bagi membantu pembaharuan pada peringkat SEL KULIT.

4) AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50
Melindungi kulit dari SINARAN UV serta menambahbaik penampilan kulit.

5) ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM - LIGHT
Menggalakkan proses pembaharuan SEL KULIT ketika TIDUR.

PERCUMA!!!
6) RADIANCE C + E
Membantu MENEGANG, MENCERAH dan mengurangkan kehadiran GARISAN HALUS serta melicinkan TEKSTUR KULIT.

Whatsapp lina NOW !!
0135907399


Read More

Friday, March 16, 2018

esp

Produk Anjalkan Aset Wanita


Wanita sangat sinonim dengan kecantikan. Dalam meningkatnya usia dan melalui fasa2 mengandung, melahirkan dan menyusukan, payudara wanita akan mulai kedur. Namun begitu, aset berharga wanita ini sebenarnya boleh dijaga dengan baik. 
FAKTA: Payudara tidak mempuyai tulang. Struktur payudara cuma disokong oleh otot dan tisu di dada. PROTEIN amat penting untuk pembentukan sel, tisu dan seterusnya otot.



Sememangnya protein diambil melalui pemakanan harian kita seperti ikan, ayam, dll. Tetapi tahukah anda apabila dimasak, kandungan protein yang tinggal hanyalah beberapa peratus sahaja. Bagaimana mahu mendapatkan cukup protein dari diet seharian anda?

Mudah sahaja; ambillah minuman soya non gmo yang asli iaitu ESP. Digabungkan bersama ALFAFA memberikan kesan MANTAP dan PEJAL.

Lihat testimoni:


JOM dapatkan segera ESP!!!




Read More

Wednesday, March 14, 2018

Vitamin Khusus Buat Anak-Anak Tersayang

Sebagai ibu bapa, kita mesti mahukan anak2 yang soleh, solehah, bijak, dan pastinya sihat walafiat....

Namun, kadang2 anak2 mudah dijangkiti demam, batuk, selsema, dll... Sebagai langkah awal sebelum "merawat" adalah lebih baik kalau kita "mencegah".

Sebab anak2 ni antibodi mereka belum kuat macam orang dewasa, sedangkan org dewasa pun mudah terkena jangkitan, apatah lagi anak2 kecil kan...

Hari ni lina nak kongsikan set yang sangat2 seauai diambil oleh anak2 bagi memastikan mereka membesar sempurna, cukup dengan makanan yang sihat. Walaupun ramai berpendapat, cukup dengan pemakanan yang seimbang, tapi kita tahu kan anak2 ni susah nak makan seimbang, kadang2 nak ratah ayam je, kadang2 taknak sayur, kadang2 nak kicap je dgn nasi..dll....eh? Macam kenal je. Anak2 lina macam ni la.hihi



Ok2, ni dia set anak2

👯Meal Shakes
Merupakan minuman lazat yang mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting, 9 jenis asid amino perlu, tinggi kandungan serat, protein dan tinggi kalsium.

👯Omega Guard
Untuk kesihatan otak. Sangat diperlukan untuk fungsi otak sihat. DHA yang terkandung di dalamnya penting untuk penghantaran isyarat-isyarat otak dan meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak. DHA dan gabungan-gabungan EPA telah terbukti memberi manfaat bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah gangguan hyperactivity dan autisme.


👯Vita-Lea For Children
Membekal 19 vitamin dan mineral kepada anak anda. Menyokong tumbesaran sihat, menyokong tulang yang kuat dan menyokong sistem imun.


👯Nutriferon

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon yang akan melawan virus secara semualajadi..
"ubat demam semulajadi"





Read More

Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee?

Assalammualaikum semua..

Berminat nak menjadi ahli Shaklee?
Macam mana caranya?


Untuk mendapatkan member kit ini anda ada dua pilihan. Sama ada menjadi ahli makan sendiri atau ahli yang berbisnes. Namun begitu, yuran yang dibayar adalah sama iaitu hanya RM 79.50 sahaja dan automatik pasangan anda juga akan menjadi ahli. 


Cuma, bagi yang berbisnes peluang menjana unlimited income itu lebih besar sebab lina ada group yang sangat aktif dan bimbingan berbisnes tanpa henti diberikan.

Apa lagi yang bakal anda nikmati
?
  1. Potongan 20% - 25%, memang harga terendah di pasaran
  2. Pembelian melebihi 150uv anda mendapat cash bonus. Bonus akan terus dimasukkan ke akaun anda pada bulan berikutnya.
  3. Konsultasi lengkap akan diberikan.
  4. Lina akan sentiasa update promosi bulanan.
  5. Bimbingan berterusan pada yang berbisnes.
  6. Lina ada group yang aktif.
Jangan buang masa dan segera hubungi mentor bisnes paling glamour ini! 



Read More

Tuesday, March 13, 2018

Mulakan Bisnes Anda Sendiri Sekarang!




Nak bawa family melancong serata pelusuk?
Nak bagi mak ayah belanja yang besar tiap2 bulan?
Nak bawa mak ayah pergi haji/umrah/melancong?
Nak bebas hutang?
Nak belanja yang terbaik buat family?

Ini semua bukannya sebab kita tak bersyukur dengan apa yang ada sekarang, syukur sangat ya Allah...tapi peluang ada, jalan ada, kenapa taknak upgrade kan?

Nak buat bisnes kita perlu belajar, perlu ada guru, perlu ada mentor...macam tu juga lina bermula dan sampai sekarang masih belajar dengan mentor..

Kalau nak upgrade diri, nak dapat side income pun 4angka, lina buka peluang kepada semua untuk join AuroraFamily dan lina lah mentor yang akan bimbing anda asalkan anda mahu bertindak!

Tak kisahlah kat mana pun anda tinggal kita masih boleh berinteraksi, online boleh sentiasa, whatsapp group, video, webminar, offline pun boleh di atur...apa lagi jom!

Shaklee adalahsyarikat yang sudah lama bertapak dan punyai landmark study, produknya ada yg terbaik, jom kita bantu ramai rakyat Malaysia dapatkan kesihatan yang terbaik.

Bisnes yang baik adalah yang dapat buatkan kita semakin dekat pada Allah dan dapat bantu ramai orang...jom3...

Trigger the spark in you...yes...you!!!

Serendah RM79 anda dah boleh mulakan bisnes shaklee ni atau pembelian 200uv anda mendapat keahlian percuma, lagi best isteri yang daftar, suami pun automatik menjadi ahli tanpa yuran berasingan.

Cepat2 hubungi:
 

Leader AuroraFamily (AF)
♡Sihat Cantik Semulajadi♡
zaidilina.blogspot.my

Also a member of
#Ireach #Turbo #TeamBintang #TeamAwesome





Read More

SOHO idamanku

Small Office Home Office (SOHO)

Korang ada soho idaman tak? Soho idaman lina lebih kurang dalam gambar ni. Memanjang dan ada banyak ruangan rak buku.
Soho ni lina nak buat dekat dinding kosong sebelah sliding door kat rumah. Memanjang macam ni. Ruangan tu memang kosong sekarang dan lina memang nak buat soho.
InshaAllah bulan 10 ni soho idaman akan dibuat.ameen... Lina dah menabung duit RM100 sebulan. Bulan 9 nanti cukup RM1200, tak cukup minta cik abg topup.hehehe
Soho idaman lina ni lina nak tempah dan ukuran ngam2 taknak beli rak2 dan meja. Semua built in. Tempah pada tukang yang buat rak buku kat rumah lina hari tu. Puas hati dengan hasil dia. Kemain angan2 kan 😂
Ini target tau. Ada dalam vision board (vb) lina. Angan2 mohon jadi kenyataan.ameen...


Read More

Selamatkah vitamin anda amalkan?

Ambil kira sama ada vitamin yang anda amalkan tu ada landmark study atau tidak?
Apa tu LANDMARK STUDY?
Kajian yang dilakukan oleh pihak ke3, bagi membuktikan produk yang dihasilkan bukan main2 punya produk dan syok sendiri...
Dalam shaklee, CEO DR.Roger Barnett, dia mahulan kajian dilakukan terhadap produk shaklee oleh saintis luar shaklee iaitu pihak ke3.
Kajian dibuat oleh Dr.Gladys Block(pakar epidemiologist top US) dan pasukannya terhadap 1000responden yang terdiri daripada mereka yang
  • tak makan vitamin (biru)
  • makan vitamin brand lain (merah)
  • makan vitamin shaklee (hijau)


Kajian ni shaklee tak campur tangan, nak tengok result dia je baik atau buruk akan dikongsikan kepada semua takde selindung2...
Sebab tu kita kena pilih vitamin TERBAIK untuk keluarga kita, jangan ikut trend pastu gelabah tgk viral tak tentu pasal.haha...
Lina dah pilih SHAKLEE untuk keluarga lina...anda? Jom kita 😉
.
Meh pm
0135907399
Lina
Read More

Rawat Masalah "Crack Nipples"

Assalammualaikum mommies semua, lina nak kongsikan macam mana lina atasi masalh puting merekah ni atau bahasa omputihnya "crack nipples".
Lina baru 11 hari dalam pantang dan 2hari pertama tu lina ada masalah ni. Maklumlah dah 4tahun lalu ada baby kecil jadi macam agak kekok nak mulakan balik menyusu. Alhamdulillah, baby sangat2 pandai sedut. Takde masalah dia nak isap. Masalahnya bila kerap dan puting melecet. huwaaaaaa....sakit kan?

Mula2, sebelah kiri je. Jadi lina susukan sebelah kanan dan pam sebelah kiri, dah nampak kering dan elok baru bagi sebelah kiri balik. Sambil2 tu tanya kawan2, kawan lina cadang sapukan nursing butter. Memang serta merta suruh suami cari dan lina sapukan dengan kerap. Jangan risau, krim ni edible. Selamat untuk baby.
Image result for nursing butter cream
Krim ni memang mengurangkan rasa sakit tu tapi macam tak berkesudahan sampailah lina tanay pada misi yang datang melawat kat rumah. Katanya mama bagi baby latch on SALAH ni...... Baby cuma isap pada puting sebab tu boleh luka dan sakit. Kena masukkan sikt aerola (kawasan gelap sekitar puting) sekali ke dalam mulut baby. Jadi sejak tu bila baby nak menyusu je lina mainkan dulu kat mulut baby bagi dia nganga luas2 dan tolakkan masuk bahagian aerola tu sekali. YES! itulah penyelesaiannya. Sekarang baby menyusu dengan selesa dan mama pun tak sakit lagi. 

Nak tahu milkbooster lina? Semestinya set lengkap penyusuan shaklee. Set ni merangkumi sekali set berpantang. Alhamdulillah baby cuma pergi klinik 3kali dan bacaan kuning semakin menurun dah tak perlu ke klinik. Hari ke 10 rahim dah sepenuhnya mengecut dan misi puji sebab cepat dan suruh teruskan penyusuan.

Ni dia set menyusu+pantang lina:




Read More

Pengajaran Kisah Pendekar Bujang Lapok!

Assalammualaikum...
Kenal tak muka2 dalam gambar ni?hehe

Hari ni lina nak kongsi salah satu cerita yang lina suka tengok walau dah berulang kali tengok dan hafal dialog2 tertentu.
Cerita2 P.Ramlee memang legend. Dalam external hard drive suami ada banyak koleksi cerita P.Ramlee dan kitorang suka tengok dan berdekah ketawa 😂
Ok kenapa lina pilih Pendekar Bujang Lapok?
Selain humor yang padat ada banyak pengajaran dalam kisah ni.
1) Kepentingan seseorang tahu ilmu pertahan diri.
Bagi lina sangat penting setiap individu sekurang kurangnya tahu mempertahankan diri sendiri menggunakan anggota tubuh sendiri, maksudnya tanpa senjata. Belajarlah ilmu mempertahankan diri. Kalau yang mencari2 bolehlah pergi belajar Silat Cekak Malaysia. (Eh, promote pulak.hehe)
2) Kepentingan seseorang mempunyai pendirian dan melawan penindasan.
Ingat tak scence nak naik bot kat penambang tu? Orang beratur kemain panjang datang si samseng tu potong line. Wak Mustar naik angin la kan. Dilawannya si samseng dan geng2 acah samseng yang pau duit orang tu.
3) Kepentingan ilmu, "Iqra'!". Mesti tahu membaca dan barulah dapat meberoka lebih banyak ilmu.
Masa ni sangat kelakar. Ramlee, Sudin, Ajis baca mantera ikut hentam keromo sebabnya diorang tak tahu menulis. Marah wak mustar bila dapat tahu rupanya semua buta huruf. Disuruhnya wak mustar tiga2 pergi belajar dulu mbaca menulis nanti baru belajar silat.
Ni baru satu cerita, bagi lina semua kisah P.Ramlee ada pengajaran. Tengok berpuluh kali pun tak jemu. Yang hairannya anak2 pun suka. Memang disukai semua generasi tak kira umur.
Read More

Sunday, March 11, 2018

Set Penjagaan Wajah YOUTH, SELAMAT dan BERKESAN!

Pernah baca kan tentang mangsa2 keadaan krim kilo. Kulit rosak teruk kan. Ini semua sisebabkan kandungan bahan kimia terlarang. Hanya kerana mahu kesan pantas!

Sabar ye puan2. Nak kulit bersih pastilan produk yang dipilih adalah SELAMAT!
Sekali lagi lina ingatkan, pilihlah yang SELAMAT.

Kenapa MESTI pilih YOUTH?

1. Dihasilkan selepas 8 tahun kajian dan mempunyai 8 ‘patent pending’.

2. Terbukti melalui kajian klinikal bebas daripada 2500 jenis bahan kimia berbahaya.

3. Sesuai untuk semua lapisan usia dan semua jenis kulit.

4. Keputusan ujian klinikal menunjukkan 100% wanita yang menggunakannya memiliki kulit yang lebih muda.

5. Produk ‘Vegan’ – tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan.

6. Bebas kekejaman ke atas haiwan. Ia tidak menjadikan haiwan sebagai bahan ujian.

7. Bebas Gluten

Ini testimoni yang mempunyai masalah parut jerawat berkawah. Dalam masa 13hari sahaja parut kawah dah pudar sangat!

Bagi yang ada masalah kulut kusam. YOUTH adalah jawapannya. Lihat, berbeza kan? 

Ayuh kita tukar produk skincare yang SELAMAT dan BERKESAN!




Read More

Saturday, March 10, 2018

Kenangan Bersalin Anak Ketiga

Alhamdulillah usia permata hati ke3 sudahpun 9hari tatkala mama sedang menaip memory untuk tatapan masa depan nanti.

Setiap anak kisahnya berlainan sungguh. Tiga anak tiga kisah berlainan. Boleh tengok kisah anak sulong dan kedua di labels di bawah ye.

Anak ke3;
Due 25/2/2018

26/2/2018: daily daptone checkup
Dengar heartbeat baby. Hari ni doktor dah tetapkan 3/3 untuk serah diri dan 4/3 induce.

27/2/2018: daily daptone checkup. Normal...
Petang tu mama berjalan kat taman depan agak extreme sikit. Lebih 10round non stop. Squat pun berkali2.

28/2/2018 : daily daptone checkup. Heartbeat baby >160 dan ada cecah 181. Refer pada doktor, doktor suruh balik rehat dan datang 2pm. 2pm datang, dapat around 158 - 161. Tapi sebab dekat border line doktor suruh buat ctg dekat hospital. Dapat surat referal dan diingatkan yang berkemungkinan kena warded. Jadi balik rumah tu mindset dah tahu "aku mungkin kena warded". Siap2 sikit apa yang patut, mandi2. Bag memang dah ada dalam kereta. On the way siap makan roti kaya mamak dengan coconut shake 😅.

Ok sampai je hospital, buat ctg heartbeat rentak tak berapa cantik. Doktor datang dan seluk. Huwaaaaaaa sakit! Bukaan 2cm. Check suhu 37.7. Demam rupanya. Tak sedar pun. End up dengan arahan untuk warded. Baiklah.

1/3/2018: Pagi masa doktor buat round kena seluk lagi masih 2cm. Puas mama pujuk2 baby. Menginap lagilah di bed3.

2/3/2018: Sekali lagi seluk, 3cm. Tak demam dah. Tapi sebab dah overdue dan memang dah patut serah diri doktor tak benarkan balik pun. Menginap lagilah di bed3.

3/3/2018: Pagi tu bukaan 4cm dan dah dapat arahan untuk ke labour room. Disebabkan tak rasa sakit, lina pun cuba untuk melengahkan dengan minta nak makan dulu lah nak mandi dulu lah. Sekali dapat tahu bilik acc bersalin penuh! Kena tunggu. Dalam hati suka sebab tahu kalau belum sakit nanti kat sana kena pasang ctg semua dah takleh makan minum takut tiba masa takde tenaga. Jadi pagi tu duk round je wad tu. Masuk toilet duk buat squat. Dengan harapan bukaan makin cepat.

1.40pm: Dalam toilet dengar nurse panggil nama. Pergi labour room katanya...... Sampai kat katil dah nampak dah katil yang ada roda tu siap untuk ditolak. Berdebar tak terkata. Pagi tu dah telan 7biji kurma. Pukul 10am makan kuewtiaw. Tu je lah last makannya.

2.00pm: Dah dalam labour room, mesin ctg dipasang, air ketuban dipecahkan (baru tau ia dipanggil erm), dan baringlah lina dengan tenang (berdebar sebab depan lina ada seorang yang tengah menahan sakit).

6.00pm: Dah 4jam, lina masih belum sakit.huhu.. demam pulak. Kena drip air dan makan panadol. Misi bagi kain basah suruh lapkan muka dan badan. Check bukaan baru 5cm. Kiri tu dah drip air untuk bantu rasa contraction. Kanan tu air biasa. Lina belum sakit, doktor macam pelik sebab patutnya drip ubat tu kena sakit dan bukaan semakin cepat. Ada dua orang lagi patient masuk tengah sakit2 sorang tu misi cucuk epidural sorang lagi sedut gas. Doktor yang jaga lina kata, bed 2 tak perlu. She seems ok. (Memang belum rasa lagi sakit).

7.00pm: Dah berganjak malam, mula rasa sakit, macam senggugut gitu. Bagitau doktor. Happy doktor tu.hehehe... Dia kata bagus2 nanti nak teran panggil.

8.00pm: Seorang lagi selamat beranak, lina dah dengar dua orang dah dari 2pm tadi tu. Dalam labour room tu ada 4katil je dan dipisahkan oleh langsir. Nak teran je baru langsir ditutup. Comtraction semakin kuat...adoidoi........mujur dia datang dan hilang....sakit!

9.00pm: Macam nak teran. Panggil doktor, ramai datang misi je dah 4orang, doktor ada 3orang. Bermula sesi teran yang lina tak berapa pass kali ni sebab badan macam dah lemah dari 2pm tersandar kat katil kan. Dalam hati lina cakap "aku dah berjam2 dalam ni aku mesti kuat dan teran sampai keluar". Pluppp 9.13pm keluarlah baby ke3.

Legaaaaaaaaaaaaa

Bukan setakat di situ sakitnya, masa nak kekuar uri, jahit, masa tekan perut keluar darah kotor. Mujur baby terus diletak atas dada. Sambil mama usap2 baby sambil menahan sakit2.

Cukuplah setakat ini. Alhamdulillah kali ni terasa mencabar betul. Overdue dan 8jam diduk di labour room. Esoknya baby berak kencing t.hari dah boleh balik!!!


Nor Syafiqah binti Mohd Zaidi
3/3/2018
9.13pm
Dewan bersalin, Hospital P.Pinang

Read More