Saturday, October 28, 2017

Bercuti ke Felda Residence Hotspring Sg Klah Part 3

Assalammualaikum, akhirnya tiba juga ke bahagian hotspring.hehe...

Maafla ye sampai 3 entry
Klik Part 1 untuk review nasi bamboo Sg Klah
Klik Part 2 untuk review hotel dan keadaan bilik

Nak turun ke hotspring dari bilik hotel memang agak jauh perjalanannya. Ala korang relaks je ambil angin suasana nyaman sambil kejar anak kejap dah sampai. Sebelum masuk ada yg cek kita pakai tag atau tak. Cuma dalam beberapa kali lina turun mandi sekali aje dia cek. 😂

Bagi yang duduk menginap dapat FREE entrance utk 2 dewasa. Kalau ada tambahan kena beli la tiket tu.

Pesan lina, sebelum turun tu bawa la siap2 towel sehelai, botol air masak, duit sikit, sebab ada cafe jugak kot tetiba nak makan pau atau aiskrim kan... Kalau ada bawa barang2 berharga jangan risau kalau takde yang nak jaga sebab ada locker berkunci. Siapkan duit jela.hehe

Lina cerita kolam yang bersuhu biasa dulu ok. Kolam sejuk la. Ada dua. Satu tempat khas budak2. Satu lagi sangat besar. Moh tengok gambar.


Budak2 memang akan suka sangat pool ni. Mau taknya macam playground dalam air. Slide dia sesuai untuk anak2 umur 3tahun ke atas. 2 tahun ke bawah tu mak atau ayah sila pegang ye. Cuma bila ramai kolam ni sesak sikit sebab tak besar mana.



Yang ini pun kolam suhu biasa. Besar sangat! Masa awal pagi memang tak ramai orang. Syoklah kan sekali datang serombongan budak2 sekolah penuh terus.hehe..

Kolam ni best jugak. Depan tu cetek je makin ke dalam makin dalam. Ada slide 2. Besar dan sangat luas.

Ok, hotspring pula..........main attraction tempat ni la kan...

Kolam utama yang boleh berendam sampau kepala ada satu. Yang lain2 untuk rendam kaki je dengan pelbagai range suhu.

Kolam utama dia luas. Air mengalir, jadi jangan risau ye. Sedap masuk kolam ni. Ada sorang pakcik ni cerita kolam ni ada brlerang dah letak buat ubat. Masuk dalam 30minit kena keluar balik minum air. Takut dehidrasi. Ha pastu nak masuk balik takpe. Sebab tu lina pesan bawa sesiap air masak.

Luas kolam air panas nak berendam ni. Lagi ke belakang suhunya makin panas sebab dekat dengan kolam utama (punca). Airnya mengalir turun ke sungai...
Boleh pilih mana2 port nak duduk. Ingat....kena pastikan minum air banyak2 ye.

Kolam air panas pelbagai suhu ada banyak. Dari range 30-35°c, 35-40°C, 42-50°C, ni semua takleh berendam ye. Setakat kaki je boleh. Tips taknak rasa panas dekat suhu yang tinggi : masukkan kaki terus pijak dasar dan jangan goyang2. Air tak terasa menyengat panas malah selesa. Kalau masuk goyang2 kaki kat suhu tinggi memang tak tahan.

Ini yang paling suam. Budak2 pun boleh rendam kaki. Yang belakang lina tu panas sikit. Dan sekeliling ni ada banyak lagi.

Ok, satu tarikan unik, boleh rebus telur. Tapi tak boleh bawa dari rumah. Kena beli kat sini. Dia siap bagi mangkuk, sudu dan kicap. Tapi kitorang cuma tengok orang buat sebab masing2 kekenyangan. Siapa nak habiskan telur2 tu kang.

Kat celah batu berasap tu.

Ok, satu lagi tarikan buat anak2 adalah kemunculan spiderman! Yang ni taktau lah kebetulan atau ada hari2 ada. Anak kedua lina memang sangat excited lah kan. Sebab dia suka spiderman. Aduhai...haha


Haa setakat ini jela reviewnya ye.

Bagi lina tempat ni sesuai sangat nak bawa family dari anak kecil sampailah ke atok nenek....

Semoga bermanfaat!!

Read More

Friday, October 27, 2017

Bercuti ke Felda Residence Hotspring Sg Klah Part 2

Assalammualaikum semua...

Ok sambungan dari Part1. Yang ni ramai nak tau reviewnya.hehe

Kali ni review Felda Residence Hotspring. Hotel dan Hotspringnya...

Dekat sini, ada dua jenis penginapan. Sama ada nak bilik hotel atau villa. Lina menginap bilik deluxe hotel. Mula saje book ingat nak bercuti on da way ke Penang, lepas tu sembang2 dengan mak, rupanya mak pun balik ke tanjung karang, apa lagi join sama2. Jadi mak ayah join kemudian, amik bilik yang sama, deluxe jugak. Harga sama RM180/night. Demand bilik sebelah2 connecting room.

Syok lagi ramai2 tau. Jadi sape datang dengan family besar boleh book villa. Ada 3bilik tak silap siap ada private jacuzzi. Ok, villa tak dapat review sebab tak duduk sana.hehe

Ok, ini deretan bilik hotelnya. Yang bertudung merah tu mak lina. Tinjau2 kawasan dulu.hehe.. Kami dapat bilik tingkat 2. 210 dengan 212. Bilik ni ada connecting door cuma naik tangga berasingan. Oh ya hotel ni takde lift ye. Jadi kena gagah la mengangkut beg2 naik tangga.

Masuk je bilik, wah! Luas sangat!!! Puas la budak2 ni bergolek. Suasana bilik boleh bagi 3bintang. Ok lah, memang selesa. Cuma lampunya ada suram2 romantik gitu. Downlight semua warna kuning2. Bila siang buka langsir tu ok lah terang.

Ada gambar ni je dalam bilik. Sebab masa teringat nak amik gambar bilik dah sepah.hehe... Pintu sebelah TV tu adalah connecting door ke bilik sebelah. Budak2 ni kejap2 masuk bilik tokwan maktok.

Ok ni lina nak tunjukkan betapa luasnya bilik ni. Nampak tak jarak katil ke ruang TV tu. Boleh bentang toto besar. Cuma TV tu saiznya kecik, jarak dari katil ke TV plak luas. Macam lina ni ok je nak tengok dari katil. Tapi suami lina kata tak syok. Jadi dia tengok TV atas lantai dengan kepala je beralas bantal. Dalam bilik dah siap iron board, iron. Yang perkakas lain tu biasa lah. Ada pantry kecil sekali peti ais kecil. Cuma hair dryer ni agaknya tak semua bilik ada. Bilik lina takde tapi bilik mak ayah ada pulak. Biasalah hotel lama kan...mungkin dah rosak tak ganti.

Yang tak syok sikit, dapat bantal 2biji je! Selalu duk hotel bantal 4biji kan. Haaa pandai2 lah ye kongsi2. Bawa sendiri siap2 ke kann..

Ha ini pemandangan depan bilik...lapang je nampak pokok2 kelapa sawit. Nampak ke hotspring dari bilik? Jawapannya tak nampak! Nak pergi ke sana kena jalan jauhhh ke bawah sana tu. Ok pasal hotsring kejap ye.

Sebelum cerita hotspring apa lagi ye pasal hotel ni.....

Ok...wifi tak ada!hehe... dan kitorang pakai data celcom. Kat sini slow yang amat. Jadi korang nikmatilah sepenuhnya percutian dan boleh abaikan dulu fon.hehe... Mau taknya, jalan nak masuk pun dah jauhhhh ke dalam. Sebab tu dalam entry yang lepas lina dah pesan nak makan nasi bamboo tu gi makan dulu baru dtg check in.

Kedai makan sini yang ada gerai2 kat luar. Jadi bagi yang ada tentera2 kecil bawa lah ye bekal snek2 siap2. Kang malam2 perut berdondang sayang jenuh nak cari makan. Lina memang dah bawa segala biskut, roti, kerepek dll... Dah tahu travel dengan budak2 makanan biar lebih sikit bawa.

Panjang dah ni weih...next entry la ye pasal hotspringnya. Saje nak kasi surprise.hehehe....

Read More

Thursday, October 26, 2017

Bercuti Ke Felda Residence Hotspring Sg Klah Part 1

Assalammualaikum semua...

Minggu lepas ada cuti seminggu sempena Deepavali, jadi kami pun fikir2 la lokasi nak berehat2. Fikir2 asyik selalu ke tepi laut je kali ni kita pergi hotspring. Terus booking online dua malam di Felda Residence Hotspring dengan harga RM360 termasuk tiket masuk dan breakfast. Sangat murah!

Kali ni lina bertolak dari Tanjung Karang. Ziarah dulu nenek di sana. Dari sana lebih kurang 2jam sahaja perjalanan ke Sungkai. Dah alang2 sampai ke Sg Klah mestilah pergi makan nasi bamboo Sg Klah yang popular tu!

Lokasi nasi bamboo ni sangat dekat dengan exit tol Sungkai. Jadi plan baik2 tau, jangan check in dulu. Sebab nak masuk ke Felda Residence Hotspring ni jauh ke dalam. 10minit amik masa. Lina cadangkan baik makan dulu t.hari kenyang2 sebab check in pukul 3pm.

Tapi sebab lina datang dengan mak ayah ambil 2bilik deluxe kami masuk dulu register sebab nak request connecting room. Siap pesan siapkan bilik cepat2 ye kalau boleh.hehe...

Ok berbalik pada NASI BAMBOO SG KLAH.
3 perkataan: SEDAP, BERBALOI, BANYAK PILIHAN LAUK!
Eh ni 4perkataan.haha

Ok, konsep dekat sini, makanan berhidang, self service. Pergi pilih lauk, bayar, bawa dulang sendiri ke meja makan. Jadi walaupun nampak kereta banyak dan orang ramai, tak lama pun nak dapatkan makanan. Jadi jangan tak singgah kalau nampak banyak kereta sampai tepi2 jalan tu...



Kami makan kambing bakar, ikan bakar, kerabu mangga, ayam percik, kuah asam. SEDAP!!! Air asam dia sedap weih, cicah dengan kambing bakar sangat nyum3...

Kat sini jugak ada pelbagai jenis minuman, abc, cendol, aiskrim semua pun ada kalau nak. Konsepnya sama, self service, pilih sendiri, bayar dan bawa sendiri.

Kalau nasi tak cukup boleh je tambah nasi. RM2 satu bamboo tu. Dia akan round selalu untuk nasi tambah.

Ok panjang dah part1 ni. Tunggu part 2 tau. Lina akan kongsikan tentang Hotapring Sg Klah pulak.
Read More

Tuesday, October 24, 2017

Rahsia Berpantang dengan Selesa


BUKAN SEKADAR MILKBOOSTER~

Lina nak kongsikan kombo cinta pertama lina dengam shaklee. Biasalah, masa mula mula nak beli mesti amik set bajet dulu. Nak cuba dulu jela kononnya. Sekali bila dah suka memang complete set terus lah.

Lina ambil kombo esp dan alfafa ni selepas melahirkan anak kedua, sakinah. Alhamdulillah sebaik melahirkan dapat 1hour skin to skin dan sakinah latch on dengan mudah sekali.

Dalam minggu pertama berpantang, susu mengalir keluar lancar dan mudah. Lina perhatikan, sakinah kenyang selepas menyusu dan tidurnya sangat lena. Mudah nak jaga masa dalam pantang. Mama dapat rehat dan pam susu buat stok dengan banyaknya.

Bila diingat kembali, masa anak pertama dulu, sofiyyah, tempoh dia meyusu lama sampai rasa penat. Kemudian tidurnya tak berapa lena mngkin sebab tak puas menyusu.

Selain esp dan alfafa ni bantu lina berpantang dengan selesa. Ia juga bantu lina kembali ke berat normal dengan cepat. Luka cepat sembuh, dan bertenaga. Alhamdulillah dengan adanya set menyusu, berpantang menjadi tempoh berehat yang selesa.

Jom hubungi lina untuk dapatkan set penyusuan shaklee. Lina juga akan berikan tipa penyusuan secara percuma!

0135907399
Lina

Read More

Friday, October 13, 2017

Rahsia Mantapkan Aset Wanita

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...

Haaa lina nak bongkarkan rahsia besar wanita.hehe

Alfafa ni supplemen pertama lina selain ESP. Lina ambil sebagai milkbooster tapi tak sangka dapat banyakkkkkkk kelebihan lain.hehe

Tsangatlah rugi rasanya tak war-warkan kepada semua manfaat alfafa, sebab ia adalah salah satu supplemen yang lina WAJIB ambil setiap hari cuma bila dah berbadan dua ni kita stop dulu kejap. Masa pantang nanti mesti sambung balik. Untuk kali ini lina hanya nak fokuskan pada kesihatan wanita.




Alfafa ni umpama 'kacip fatimah' moden. Supplemen yang mampumengetatkan yang longgar, menegangkan yang kendur, memantapkan aset2 wanita, memberi tenaga dalam seharian.

Bawah ni pula lina kongsikan testimoni2 pengguna yang memang sangatlah puas hati setelah mengambil alfafa. 


Alfafa dan esp pula milkbooster terbaik tau!







Hubungi 
0135907399
Lina Iryani

Atau klik sini untuk whatsapp terus
Read More

Berpantang Dengan Cergas dan Luka Cepat sembuh

Assalammualaikum
Lina nak kongsi set berpantang yang sangat syok. Set yang semua mommies kena guna.hehe...serius memang best sebab mommies akan rasa bertenaga walau sedang berpantang..

1) Energizing soy protein (ESP)
✅Menggalakkan kulit yang sihat, cantik dan gebu. 
✅Memberi bertenaga, menghilangkan rasa letih serta lesu 
✅Mempercepatkan luka pulih
✅Merendahkan tahap kolestrol dalam badan. 

2) Vitalea
✅Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

3) SR vitaminC
✅Membantu penghasilan kolagen untuk kulit yang lebih cantik berseri 
✅Menaturalkan kembali sel-sel yang musnah akibat kesan radikal bebas. 
✅Memulihkan luka dengan cepat dan mengelakkan jangkitan kuman

4) Alfafa Complex
✅Detox
✅Melegakan keletihan
✅Merawat alahan
✅Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut

5) Ostematrix
✅Menguatkan tulang
✅Menghilangkan lenguh dan kebas
✅Melawaskan

6) B Complex
✅Menghasilkan tenaga
✅Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
✅Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
✅Mencegah stress.
✅Menguatkan antibodi tubuh.
✅Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

Ini secara ringkas je tau...jadi mommies yang mencari2 set berpantang, set ini bukan sahaja sesuai untuk berpantang malah sebagai milkbooster, set untuk semua orang amalkan secara harian untuk kesihatan terbaik.

0135907399
Lina
Read More

Wednesday, October 11, 2017

Haya 1scoop sehari dapat Tambahkan Selera Makan Anak

Kakak: Mama...nak susu sedap!!
Mama: Ok, malam nak tidur nanti ye....sekali sehari je.

Mealshakes ni memang sedap sangat sampaikan anak lina berkali2 minta. Susu sedap dia panggil.hehe

Lina cuma campurkan satu scoop je ke dalam susu kakak tiap2 malam..lengkap dengan 19mineral dan vitamin penting untuk tumbesarannya ❤

Alkisahnya Sofiyyah ni dulu memilih makan, tak selera aje...makan apa yang dia nak atau ikut mood, susah hati jugak dibuatnya, lagi2 kalau bawa keluar jalan.....tapiiiii...itu dulu........
Sofiyyah sekarang dah 5tahun 8bulan, Alhamdulillah makan selera je, tapi badan tak naik gemuk pun sebab mealshakes ni lengkap dan mengenyangkan. 

Sofiyyah dah tak sembelit, jarang2 demam, dan paling menggbirakan cikgu kata dia cepat dapat bila mengajar. Hati ibu mana tak gembira kan...

Dengan 1scoop sehari banyakkk sangat yang dapat kita berikan.
Antara khasiat mealshakes:
💚Kurangkan Ekzema
💚Untuk Tumbesaran
💚Untuk Perkembangan Minda
💚Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
💚Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
💚Untuk Anak kekal aktif
💚Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
💚Meningkatkan berat badan anak
💚Membantu anak fokus
💚Membantu kurangkan kekerapan asthma
💚Mengatasi masalah sembelit pada anak
💚Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
💚Membantu menurunkan berat 

Jom berikan anak2 yang terbaik.

0135907399
Lina
Read More

Atasi Jerawat Batu dengan Berkesan

Sebelum lina ceritakan bagaimana atasi masalah jerawat batu yang serius, jom baca kisah benar testimonial adik ni...
Kisah VitaminC & Jerawat 
--------------------------------------------------
Alkisah masalah kulit yg adik ni alami: kulit jenis berminyak dan sering ditumbuhi jerawat dan kadang2 jerawat bernanah juga. Masalah makin teruk lepas beliau menggunakan make up pelbagai jenis sbb memenuhi satu tugasan yg diberikan pensyarah.

Selepas daripada tu, beliau mencuba bermacam2 produk utk menghilangkan jerawat di muka. Sehinggalah kakaknya menyarankan beliau menggunakan vit c Shaklee.

Amazingly! Selepas 3 mingggu konsisten, dgn mengambil 2bj pagi dan 2 bj malam, kulit wajah beliau dah mengalami perubahan ketara. Kawan2 dan pensyarah juga menegur perubahan yg beliau alami.. 

Beliau sendiri ingin kongsikan testimoni ini dengan semua supaya ramai yang ada masalah sama dapat tersenyum gembira.


---------------------
Ini pula, set asas yang lengkap untuk masalah jerawat batu serius. Rawatan dari sebelah dalam akan memberikan kesan memuaskan. 


Hubungi lina untuk sebarang penerangan lanjut.

0135907399
LINA

Atau klik sini untuk whatsapp.

Read More

Tuesday, October 10, 2017

Tips Ajar Anak Membaca Tanpa Bosan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera ibu bapa yang dikasihi...

Lina nak kongsikan pengalaman lina. Bagaimana minat membaca lina pupuk pada anak2. Alhamdulillah sofiyyah dah pun boleh membaca lancar tanpa perlu bunyikan suku kata pada usia 5tahun lebih. Usia normal lah kan. Mungkin ramai yang pandai lebih awal tapi lina dah cukup gembira melihat sofiyyah minat membaca dan boleh membaca apa2 buku, papan tanda, sari kata, surat khabar, tanpa mengeja.

Antara pendekatan2 yang lina gunakan adalah:

1) Jadikan sesi membaca tu seronok!

Mungkin gunakan flash card tu cliche atau bosan. Jadi lina gunakan approach white board. Lina mula dengan binaan ayat2 mudah menggunakan dua suku kata dan sofiyyah akan baca. 

Kemudian lina bagi peluang sofiyyah gunakan white board untuk menulis. Dia bebas menulis apa2 perkataan dengan dua suku kata.

Memang seronok sangat dia dapat board, dapat tulis dengan marker. 

Satu sesi tak perlu lama2. Dapat baca 4ayat dah cukup. Lepas tu biarkan dia melukis dan menulis. 


2) Guna CD yang ada dengan buku.

Ok, cd yang lina beli ni hanya boleh buka kat laptop. Jadi sesekali dia dapat klik2 cd memang seronok. Lepas dengar ayat kat cd. Sofiyyah akan ikut. Buku yang ada pun menarik sangat gambar2.

3) Gunakan ayat yang ada di sekeliling.

Ok, contohnya masa dalam kereta, lina akan minta sofiyyah baca nombor2 plat, cari kereta warna merah, buat aktiviti yang seronok. Kemudian baca papan tanda. Biarlah dia eja, lepas tu salah. Tak payah marah. Betulkan je. Aktiviti2 dalam kereta memang fun. 

4) Lina berikan minyak ikan, iaitu omega guard shaklee setiap hari. 
Dalam omega guard ada dha, epa yang semuanya akan menambahkan grey matter untuk bantu anak2 lebih bijak.

Ini hanyalah pengalaman lina, lina suka baca2 pengalaman parents lain. Jom3 kongsi sama2. 

Flash card lina beli macam2 tapi gunanya jarang2. Lebih banyak pada aktiviti kat atas tu. Bila lina nampak sofiyyah dah lancar, lina suruh dia baca tanpa bunyikan suku kata. Alhamdulillah seterusnya lancar...
Buku2 lina bawa sendiri ke kedai dan biarkan dia pilih..tapis2 jugalah.hehehe...

Oh yaa...jangan lupa doakan mereka. Lina paling suka selepas solat suruh anak2 duduk di riba dan bacakan doa kuat, Ya Allah...jadikanlah anak mama ni bijak dan solehah...amin...nanti dia ulang dan aminkan... 

0135907399
Lina



Read More

Atasi Parut Demam Campak dengan Berkesan

Assalammualaikum semua...

Hari ni lina nak sangat2 kongsikan tentang parut chicken pox, sebab lina sendiri terkena tahun lepas dan dalam proses menghilangkan parut2 yang ada....

Alhamdulillah parut2 kat kulit lina dah senakin pudar dan hampir hilang semuanya cuma tak boleh nak up gambar sebab tempat tersembunyi.hehe....

Lina memang taknak krim2 yang bukan2 sebab taknak kulit mengelupas dan ada steroid ata bahan kimia merbahaya. Untuk luaran, hari2 lina sapukan krim herbal blend. 100%semulajadi.

Nampak tak gambar kat atas tu? Brother ni lepas dah baik chicken pox parut dia sampai ke muka memang terang macam tu....malu kan? Nak tahu tak apa yang dia amalkan sampai dah handsome balik macam gambar sebelah kanan tu?

Semestinya set cantik Shaklee
Dalam set ni ada banyak kombinasi dan paling sesuai untuk hilangkan parut adalah:
1) Vivix 
2) Esp
3) VitaminE
4) VitaminC

Kenapa saya letak vivix no1? Sebab lepas 2minggu saya kena campak tu kesan dia sangat2 ketara dah kering dan parut dah pudar....
Vivix ni mempaiki dna sel sebab tu sel yang rosak dapat diperbaiki dan kesan pada permukaan kulit jelas nampak beza...

Vita E Complex membantu memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah kepada radikal bebas agar tidak rosak. Ia juga membantu memperbaiki tekstur kulit, tona kulit yang tidak sekata, mengelakkan penuaan awal dan membantu masalah parut.
Vita E Complex ni ambil 1 biji je sehari, ia juga boleh disapu pada kulit untuk kesan lebih baik. Memang selang sehari lina picit dan sapukan ke muka dan tangan. Adoi geli masa tengok tangan sendiri.

Esp pula membaiki tekstur kulit dan bukan je parut hilang, kulit akan semakin anjal dan gebu..😄
Nak baiki kulit kenalah dari sebelah dalam kan?

VitaminC membantu pembentukan kolagen yang membuatkan kulit semakin berseri2...

Jadi...jangan runsing2 ye....kena konsisten ambil 4 ni inshaAllah parut hilang dengan cepat.....memang sangat2 berkesan!!

Lina sendiri dah lalui...dari geli tengok kulit lepas kena campak sampai rasa ehhhh???magik ke apa dah pudar dalam 2minggu je...hehe

Hubungi Lina
0135907399
Whatsapp/sms/call
Read More

Monday, October 09, 2017

Kepentingan Pengambilan VitaminC Sebagai Rutin Harian



"Sejak ambil vitaminC setiap hari, saya dah jarang kena ulser"
- Syafini, Melaka

"Kulit saya bertambah cerah sejak ambil vitaminC setiap hari"
- Liyana, Seremban

"Jeragat saya dah semakin pudar dan warna kulit semakin sekata."
- Pn.Hafizah, Shah Alam

Mungkin ada yang mengatakan vitaminC boleh diambil melalui buah je. Memang betul, tapi adakah kita makan buah2an yang kaya vitaminC setiap hari. Tahukah anda yang vitaminC tak dihasilkan oleh badan tetapi akan hilang setiap hari.

Ini sebab-sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin harian:

👉Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.

👉Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.

👉Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).

👉Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.

👉Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.

👉Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan.

Penting kena ambil hari2 tau!

Dahlah sebotol cuma RM103.35 ada 180biji dan sebiji mengandungi 500mg. Ditambah keistimewaan sustained release.


Hubungi segera
0135997399
Lina
Read More