Tuesday, October 10, 2017

Tips Ajar Anak Membaca Tanpa Bosan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera ibu bapa yang dikasihi...

Lina nak kongsikan pengalaman lina. Bagaimana minat membaca lina pupuk pada anak2. Alhamdulillah sofiyyah dah pun boleh membaca lancar tanpa perlu bunyikan suku kata pada usia 5tahun lebih. Usia normal lah kan. Mungkin ramai yang pandai lebih awal tapi lina dah cukup gembira melihat sofiyyah minat membaca dan boleh membaca apa2 buku, papan tanda, sari kata, surat khabar, tanpa mengeja.

Antara pendekatan2 yang lina gunakan adalah:

1) Jadikan sesi membaca tu seronok!

Mungkin gunakan flash card tu cliche atau bosan. Jadi lina gunakan approach white board. Lina mula dengan binaan ayat2 mudah menggunakan dua suku kata dan sofiyyah akan baca. 

Kemudian lina bagi peluang sofiyyah gunakan white board untuk menulis. Dia bebas menulis apa2 perkataan dengan dua suku kata.

Memang seronok sangat dia dapat board, dapat tulis dengan marker. 

Satu sesi tak perlu lama2. Dapat baca 4ayat dah cukup. Lepas tu biarkan dia melukis dan menulis. 


2) Guna CD yang ada dengan buku.

Ok, cd yang lina beli ni hanya boleh buka kat laptop. Jadi sesekali dia dapat klik2 cd memang seronok. Lepas dengar ayat kat cd. Sofiyyah akan ikut. Buku yang ada pun menarik sangat gambar2.

3) Gunakan ayat yang ada di sekeliling.

Ok, contohnya masa dalam kereta, lina akan minta sofiyyah baca nombor2 plat, cari kereta warna merah, buat aktiviti yang seronok. Kemudian baca papan tanda. Biarlah dia eja, lepas tu salah. Tak payah marah. Betulkan je. Aktiviti2 dalam kereta memang fun. 

4) Lina berikan minyak ikan, iaitu omega guard shaklee setiap hari. 
Dalam omega guard ada dha, epa yang semuanya akan menambahkan grey matter untuk bantu anak2 lebih bijak.

Ini hanyalah pengalaman lina, lina suka baca2 pengalaman parents lain. Jom3 kongsi sama2. 

Flash card lina beli macam2 tapi gunanya jarang2. Lebih banyak pada aktiviti kat atas tu. Bila lina nampak sofiyyah dah lancar, lina suruh dia baca tanpa bunyikan suku kata. Alhamdulillah seterusnya lancar...
Buku2 lina bawa sendiri ke kedai dan biarkan dia pilih..tapis2 jugalah.hehehe...

Oh yaa...jangan lupa doakan mereka. Lina paling suka selepas solat suruh anak2 duduk di riba dan bacakan doa kuat, Ya Allah...jadikanlah anak mama ni bijak dan solehah...amin...nanti dia ulang dan aminkan... 

0135907399
Lina



About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment