Tuesday, August 29, 2017

Supplemen Harian Untuk Hilangkan Penat

Assalammualaikum semua...

Lina nak kongsikan set paling lina suka dan mesti ambil setiap hari.

Menjadi ibu bekerjaya memerlukan kita sihat dan cergas kan. Bagi lina, wanita ni memang WAJIB ada supplemen....kerja tak putus2 kan...

Apa yang MESTI lina ambil:

✅Esp - protein soya non gmo asli ni sangat penting untuk tubuh yg sihat, kulit yg cantik, berat yg ideal, instant meal yang memberi rasa kenyang dan cergas

✅Vitalea - lengkap 28vitamin dan mineral penting sebagai pelengkap makanan harian yang selalunya tak lengkap pun...dahlah makanan2 kita ni kebanyakannya processed food...nutrien mmg dah hilang...

✅VitaminC - untuk menguatkan sistem imunisasi, pencerahan kulit semulajadi, bantu pembentukan kolagen

✅Bcomplex - Lengkap 18 jenis vitamin B termasuk folic acid yang membantu memukatkan makanan kepada tenaga, mengawal stress dan penat

✅Ostematrix - kalsium lengkap dgn vitaminD dan magnesium, membantu tidur lena, membuang dgn mudah, tubuh cergas sihat

Ini semua secara ringkas aje penerangannya. Jom kita whatsapp untuk tahu lebih lanjut!

0135907399
Lina

Read More

Atasi Anemia Pada Kanak-Kanak

Apa itu anemia?
Kekurangan paras Hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah dikenali sebagai anemia. Anemia boleh terjadi jika penghasilan sel2 darah merah kurang, boleh juga terjadi jika sel2 darah merah ini termusnah dalam kadar yang lebih tinggi daripada biasa ataupun jika terdapat kehilangan darah.

Selalunya anemia dikaitkan dengan ibu hamil. Tapi boleh juga terjadi pada kanak2. Perhatikan tanda2 atau gejala yang berikut:

1. Nampak letih dan tidak bersemangat.
2. Kekurangan selera makan.
3. Tidak aktif seperti kanak2 yang lain
4. Kurang konsentrasi semasa belajar
5. Kadar denyutan jantung yang tinggi
6. Senang susah bernafas terutamanya apabila melakukan aktiviti lasak
7. Nampak pucat- lebih ketara pada bahagian tapak tangan dan kaki dan juga pada bahagian dalam kelopak mata (conjuctiva).
8. Pembengkakan pada hati dan limpa.
9.Lemah sistem imun badan.

Apa yang perlu ibu bapa buat semestinya rujuk pada pakar perubatan iaitu doktor. Selain itu, ibu bapa kenalah berikan makanan yang kaya zat besi serta berkhasiat.

Namun, ibu bapa boleh bantu dengan memberikan dua vitamin ini kepada anak2:
1) VitaminC
2) Vitalea Kids (Multivitamin)

Kedua2 vitamin ini semestinya semulajadi dan bebas perasa, pemanis atau pewarna tiruan.

Vitamin C sangat penting kerana ia sangat membantu penyerapan zat besi ke dalam darah. Oleh itu, galakkan anak-anak mengambil banyak buah-buahan disamping amalkan suplimen Chewable Vitamin C.

Hubungi lina bagi mendapatkan segera vitamin untuk anak2 anda
0135907399
Lina
Read More

Monday, August 28, 2017

Pencuci Lantai Halau Semut??

BasicH ni paling selalu dan kerap lina guna sebagai pencuci lantai. Buat mop rumah. Dulu rumah lina mudah sangat cik mut melawat. Stress mak!

Lepas dah baca2 testimoni dan kisah pengguna2 basicH, lina gunakan basic H untuk mop satu rumah, Alhamdulillah masalah cik mut yang suka datang ntah dari mana selesai...legaa tau! Mana taknya, dulu pantang ada tercicir sikit je makanan, habis datang bala tentera cik mut. Lepas tu, suami sembur dengan aeresol, memang lerr semut mati, tapi macam tak selesai masalah cik mut ni, nanti ada lagi.......sampailah lina gunakan BASIC H!

Selain tu, pencuci ni selamat, kalau anak2 yang merangkak meniarap tu tak risaulah.

Rumah berkilat, dan cik mut semua pun lari!!! hehehe



Hanya beberapa titis pun dah cukup, cecair pekat sikit pun dah berbuih2!

Yang belum pernah cuba, silalah cuba!
Hubungi lina terus
0135907399
Lina


Read More
esp

Jual dan kongsi dari hati

Hari ni nak kongsi kisah bagaimana untuk mudah close deal dan buat jualan.

Produk shaklee pertama yang lina berjaya jual dulu adalah ESP. Juga untuk ibu menyusu.

Di awal penglibatan lina dengan shaklee masa tu lina memang tengah gigih menyusukan anak kedua. Semangat berkobar2 berkongsi setiap kebaikan tentang esp dan penyusuan. Perkongsian dari pengalaman kan...

Sememangnya ESP banyak membantu lina dalam memenuhi perjalanan penyusuan. Dalam memberi tenaga, dan sihat bagi menghasilkan susu yang banyak. Alhamdulillah stok dalam pantang sahaja dah penuh peti. Dari esp dan alfafa berterusan sehingga set lengkap dan pelbagai lagi produk2 shaklee yang ternyata memberi impak positif.

Kawan lina juga berjaya dalam perjalanan penyusuannya. Inilah kepuasan dalam bisnes shaklee.

Dari hati turun ke hati ❤

Forever support breastfeed
Read More

Sunday, August 27, 2017

Kit Anak Demam

Bila anak2 selsema atau batuk, jangan risau, mereka sedang bina antibodi untuk lawan virus2 yang menyebabkan selsema tu...nanti mereka akan lagi kuat💪

Tapi kalau beserta demam, suhu badan lebih 37 mommies kena amik langkah berjaga2. Termometer WAJIB ada dan jangan berlengah untuk ke klinik berjumpa doktor.

Apa langkah2 yang lina selalu buat bila anak2 selsema atau batuk?

1) Sentiasa perhatikan anak2 kalau masih aktif seperti biasa atau lemah dan gunakan termometer untuk periksa suhu.
Termometer boleh beli dekat farmasi.

2) Up kan nutriferon sebab kandungan nutriferon merangsang inteferon dalam tubuh yang akan lawan virus2 tuh.
Batuk atau selsema ni sebab ada virus yang asing dalam badan jadi anak2 sebenarnya tengah lawan virus2 tuh, ubat selsema atau batuk elakkan kalau anak bawah 2tahun..

3) Truskan bagi omega sebabnya omega dapat bantu cairkan kahak, kahak tu akan keluar ikut najis nanti..
Kalau anak tak reti telan omega boleh masukkan dalam susu.

4) Bagi vitaminC sebab ianya berfungsi sebagai antioksidan, selang 4jam bagi lagi sebiji.

5) Pastikan mereka cukup air, bancuhkan performance drink sebab kekurangan bendalir boleh buatkan suhu meningkat, performance drink ni macam '100plus' tapi ia sangat selamat untuk anak2 sebab takde gula dan pewarna.

Anak2 lina memang suka sangat performance drink ni 'air oren' diorang panggil.
..
..
..
Konsultasi set anak2?
Hubungi 👇
0135907399
Lina Iryani

#gempakbintang
Read More

Produk Shaklee Paling Laris

Produk Paling Laku

Dalam banyak2 vitamin shaklee, esp adalah yang paling laris sekali. Selain rasanya yang sedap, kenapa ramai sangat sukakan esp ni?

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,
6. Memberi ton warna kulit yang sekata
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
15. Membantu mengurangkan risiko kanser

Esp ni boleh diminum plain atau dicampur le dalam minuman kegemaran anda. Ramai yang minum esp pasti akan 'repeat order' lagi.

0135907399
Lina

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Saturday, August 26, 2017

Rempah Kak pah Memudahkan Kerja Memasak

Tengah2 malam ni tiba2 nak kongsi satu rahsia untuk memasak dengan ringkas mudah dan sedap. Untuk makan setakat 3-4orang senang sangat masak menggunakan rempah kak pah. Setiap kali balik Penang, mak mesti pesan bawa balik rempah ni. Mau taknya memang memudahkan. Kami sekeluarga pengguna setia.hehehe

Boleh search di fb : Rempah Kak Pah

Kawan guru KYS lina tau.

Ok, ni antara menu paling kerap lina buat guna rempah kak pah. Sup ayam. Eh tapi ni gambar google sebab takde pula gambar sup.hehehe

Senang sangat. Kalau nak masak periuk kecil dalam 5ketul ayam, letakkan air dan sendukkan 1/2 senduk rempah kak pah, kacau dan masukkan ayam, masukkan kentang, biarkan sampai masak, masukkan carrot, biarkan mendidih. Siap!

Tak perlu sup bunjut pun dapat sup yang sedap.

Selain sup lina pernah guna untuk masak nasi lemak, ayam kicap berempah, kurma ayam. Semuanya menjadi dengan sedap. Tak perlu bawang dll. Sebab dah siap dalam tu. Kak pah siap bagi resipi tau bila order.

Ini pelanggan tetap. Maklumla nak ringkas dan cepat aje..hehehe

Dah bocor rahsia. 😝

Boleh hubungi kak mazrifah / kak pah di fb ye.
Read More

Pencuci Paling Berkesan Hilangkan Contengan Anak2

Antara dua anak lina ni, yang si kerinting suka tinggalkan hasil seni dia senyap2. Kat meja kakak, kat dinding, senyap2 tahu2 dah ada. Mujurlah ada BASIC H ni.

Kalau kat meja macam ni letak sikit basicH pada kain basah, tonyoh2 sikit dah hilang.

Raya hari tu, dalam kesibukan melayan tetamu sempat dia buat hasil seni dekat dinding. Lepas orang dah balik, eh??!!! Ada garisan2 menarik guna kaler merah lagi dekat dinding......haaaaa!!!! Tahu sangat kerja siapa...

Apa lagi ambil basic H, span basuh pinggan cepat2 mama buat MAGIC! Tak perlu susah hati bila ada basicH kat rumah.

Memang sangat memudahkan urusan di rumah dengan adanya basicH. Mengemop pun lina guna, basuh botol pun guna, basuh buah2....

Yang paling utama BASIC H adalah MESRA ALAM
✅Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.

✅Tanpa fosfat

✅Bungkusan yang boleh kitar semula

✅Tanpa bahan pewarna

✅Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Memang pilihan terbaik!

Kena ada satu botol kat rumah tau mommies. Senang nak buat keje...

#gempakbintang
Read More

Friday, August 25, 2017

Ke mana tuuu cuti sekolah ni?

Cuti sekolah dah pun bermula. 😄

Sambil menaip lina sebenarnya ada di atas bas dengan anak2 nak pulang ke Penang.

Rancangan lina  cuti seminggu ni adalah meluangkan sepenuh masa bersama anak2 dan keluarga lina di Penang. Rindu sudah pada mak ayah.

Doakan perjalanan lina ❤

Kawan2 buat apa cuti seminggu?

#gempakbintang
Read More

Bisnes sambil bekerja

Macam mana nak buat bisnes ni sebab saya bekerja...............

Haaa..lina juga bekerja. Pelik tak macam mana lina boleh uruskan bisnes ni. Bila masa bungkus barang dan pos?

Bisnes shaklee adalah sangat sesuai bagi yang bekerja. Sebab urusan pengeposan dan pembungkusa semuanya boleh dibuat secara atas talian. Barang dibungkus dengan sangat cantik dan akan sampai pada penerima. 😄

Bagaimana pula kalau cod?
Alhamdulillah cod dibuat atas perbincangan dengan customer dan lina selalu doakan dipertemukan dengan customer yang mudah dibawa berbincang. Dan selalunya lina cod dalam perjalanan pulang kerja atau cusyomer pick up sendiri.

Sharing pula ada teknik halimunan. Tidur2 pun boleh.hehehe....nak tahu lebih lanjut boleh lah hubungi. Syok ooooo

http://lina.wasap my

#gempakbintang
Read More

Thursday, August 24, 2017

Bisnes Online Bantu Jana Pendapatan Lumayan

Di zaman semua benda meningkat naik, kita harus keluar dari zon selesa dan menjana pendapatan tambahan.

Bagi yang belum tahu, lina sebenarnya adalah seorang GURU, bisnes online adalah kerjaya kedua lina. Semua orang tahu kerjaya seorang guru sudahpun amat sibuk bukan? Jadi susah ke buat bisnes ni?



Besar ke modal yang diperlukan?
Tidak, hanya RM79.50 dan anda akan mendapat bisnes kit serta bimbingan lengkap dalam group eksklusif.

Mustahil untuk lakukan bisnes sambil bekerja?
Tidak, ada TEKNIK HALIMUNAN.
Lina hanya ajarkan kepada mereka yang mendaftar bersama lina.
Walau lina sedang memandu, sedang mengajar, sedang memasak, sedang suap anak makan, bisnes berjalan seperti biasa.

Lina bermula juga tanpa apa2 pengetahuan tentang bisnes online. Dan kini, lina mahu membantu ramai wanita sama ada suri rumah mahupun bekerjaya untuk membuat bisnes online lumayan di mana sahaja anda berada.

Nak tahu bisnes bagaimana dan nak jana income kedua lumayan secara online?
Bisnes ini sangat sesuai bagi mereka yang bekerja atau belajar. Boleh dibuat secara part time yang memberi pulanagn full time.
Read More

Ikhtiar Cahaya Mata dengan Set Shaklee

Antara kisah menarik lina pernah dengar adalah upline lina sendiri yang memlunyai fibroid dan belum dikurniakan cahaya mata setelah 4tahun berkahwin. Namun setelah berikhtiar, dan melakukan pembedahan, beliau sudahpun diserikan dengan 3 orang cahaya mata. Alhamdulillah...

Selain doa dan memohon. Antara ikhtiar yang beliau ambil adalah dengan mengambil set shaklee.

✅Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

✅GLA Complex
Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)“. Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur.

✅Vitamin E & Selenium –
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

✅ESP (Protein)
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain.

✅Vita-Lea (Multivitamin)
Multivitamin lengkap untuk keperluan badan. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum

Cara pengambilannya memerlukan konsultasi dan aturan. Boleh hubungi lina untuk maklumag lanjut, semoga di bulan Zulhijjah ini Allah kurniakan anda baby comel ❤


Read More

Wednesday, August 23, 2017

Jadilah Pengguna Barulah Menjual

Lina ni jarang jumpa orang terus nak cerita tentang shaklee. Mulut macam ada emas 😝

Lina banyak manfaatkan medium online untuk promosi. Kalau secara offline. Lina sebenarnya "wear the brand". Contoh masa lina full bf. Ke hulu hilir bawa beg pump dan orang tahu lina susukan anak. Lama juga sampai 2tahun 8bulan. Anak lina dah 3tahun 4bulan dah pun. Jadi bila orang tanya apa lina ambil, jawapannya 'SET PENYUSUAN SHAKLEE'.

Kalau balik kampung, pencuci muka nutriwhite lina tinggalkan di toilet. Jadi lina jarang saje2 nak ajak orang tapi lina lebih suka kongsikan positif feedback lina dapat. Dan alhamdulillah memang orang percaya dan cari.

Sebagai pengedar lina sebenarnya adalah pengguna setia yang sangat puas hati. Jadi setiap perkongsian datang dari hati.ceh3...

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Warna Kegemaran Anda Apa Ye?

Warna Kegemaran

Dulu2 buat biodata ada tak tulis warna kegemaran?zaman2 ada buku bio..hehehe

Lina dulu suka tulis biru, sebab rasa macam minat warna biru. Tapi bila diperhatikan lina banyak pilih barang berwarna maroon. Mak lina sendiri perasan, kalau dulu mak beli kain pasang, lina mesti akan capai yang maroon.

Lepastu masa suami ajak pilih handbag hari tu, pun lina pilih maroon. Lepastu baju anak2 pun lina suka pilih yang terang, merah ke biar nampak terang. Hahaha....

Ada maksud ke?

Ntahlah tapi lina suka juga warna2 turqoise biru...macam tema blog lina, simple dengan warna putih plus turqoise.

Apa pilihan warna korang?

Nih handbag lina pakai sekarang. Google je sebab malas nak bangun snap gambar..hehe... cuma tali panjang2 tu tinggal sebelah, sebelah lagi sakinah fah tarik putus. Dia bergayut masa tengah beratur kat mana ntah...sabor jelahh 😥
Read More

Tuesday, August 22, 2017

Bisnes Yang Menggembirakan

UNTUNG RUNCIT BANTU TABUNGAN

Walaupun untung runcit nampak sedikit, tapi ia sebenarnya akan jadi banyak bila jualan banyak dan lina memang tak suka bila tahu peniaga jual harga ahli atau ada yang bawah lagi. Sebab anda mungkin akan menganiaya orang lain.

Ok, sebenarnya nak kongsi kisah downline lina ni, dia daftar ahli bukanlah nak berbisnes tapi untuk makan sendiri. Lina gembira sangat bila dia maklum ada yang nak order vitamin dengannya. Jadi lina pesan untuk jual harga retail sebab untung runcit tu adalah haknya.

Alhamdulillah, downline lina ni pandai beli sendiri di branch dan akan pm untuk tahu cara makan. Ada beberapa orang yang kebetulan tinggal berhampiran branch jadi merela beli sendiri. Walau begitu, konsultasi tetap lina berikan.

Dalam berbisnes lina sangat2 gembira bila kita dapat bantu orang. Bantu orang sihat. Bantu orang buat tabungan dan macam2 lagi.

Jom buat bisnes yang menggembirakan kita 😍

0135907399
Lina

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Vitamin Pilihan Ibu Menyusu

❤PILIHAN IBU2 MENYUSU❤
Lina akan share kebaikan yang lina sendiri alami dengan ESP. Sebelum tu, siapa yang dah minum esp meh like dan share pengalaman anda ok?

Alhamdulillah ESP adalah 'first love' lina dengan shaklee. Sepanjang 2tahun 8bulan menyusukan anak kedua. Dan walaupun dah wean off esp adalah minuman favourite lina.

Kenapa?

1) Esp bantu berikan tenaga
Ibu2 menyusu akan bakar kalori lebih ketika proses penyusuan jadi memang perlulan tenaga

2) Esp berikan rasa kenyang dan puas
Ibu2 menyusu cepat lapar, esp mudah sangat disediakan dan berikan khasiat lengkap dan kenyang

3) Esp kuatkan akar rambut dan perbaiki rambut bercabang
Protein diperlukan untuk rambut yang sihat, jadi kalau rambut banyak sangat gugur tu tanda kurang protein

4) Esp berikan 9asid amino penting
Ibu2 menyusu perlukan kalsium dan protein jadi esp melengkapkan dua ni dalam diet seharian

5) Esp berikan kulit yang cantik buat ibu dan baby
Esp ada riboflavin yang diperlukan oleh kuku, rambut dan kulit

Apapun penyusuan yang berjaya mesti mengikut konsep demand and supply. Susu akan banyak bila kerap dikosongkan. Jadi mesti selalu kosongkan untuk dapat lebih. Nak tips penyusuan lagi?

Boleh hubungi lina
0135907399
Lina

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Monday, August 21, 2017

Ukhwah Kerana Allah

Salah satu sebab kuat dan lina sukakan bisnes shaklee ni sebab ukhwah yang terbina ❤

Dalam ukhwah ni semua uplines, downlines, sidelines sangatlah tak lokek ilmu, malah kalau kita dapat customer yang perlu barang cepat kita pass kan je kat kawan2, takde dengki pun.

Dengan ukhwah yang terbina ni sentiasa ada ilmu bermanfaat dikongsi, ingatan2, nasihat2, takde mengarut2 gossip2 ke hape2...I memang sukaaaaa..........
I Love U ols....😙😙😙

Tq tak terhingga sangat....semoga Allah sentiasa limpahkan kita semua rezeki yang berkat...amin.....

Jom kasi gegar Ogos ni!!


#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Menu Kegemaran Dengan daging

Daging Rebus Cicah Air Asam

Aduh..taip tajuk je dah bergendang perut ni. Sedapnyaaaaa........

Inilah menu paling lina suka bila tiba raya haji. Reaipi ni wajib bila kami buat majlis korban di rumah persatuan silat di Penang. Tapi kata mak, tahun takde, buat sendiri je kat rumah.

Danging rebus hiris halus.
Yang istimewa adalah air asam.
Air asam buat macam biasa cuma mesti letak kerisik dengan extra bawang besar dan tomoto. Sedapnya cicah sambil kunyah bawang dan tomato tu.....

Nyum3.....dah bersusun menu nak makan balik kampung nanti.....❤

Kalau daging korban selalunya apa menu kegemaran korang?

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Sunday, August 20, 2017

Bisnes Apa Yang Best?

BISNES APA NAK BUAT YE??

Kalau lina bukan tokey shaklee, agak2 apa yang lina nak jual ye?hehe...

Saje la malam2 ni nak angan2. Lina rasa lah rasa jelah mungkin nak jual baju kanak2. Borong di Bandung lepas tu buat jual. Masalahnya silap2 borong untuk anak sendiri je lebih.hehehe

Dah cukuplah angan2 tu. Lina memang nak fokus pada Shaklee. Sebab Shaklee punyai produk yang siap dikaji, sistem yang tersusun. Group yang best.

Sebab, dalam berbisnes FOKUS adalah penting. Jadi biarlah kita FOKUS.

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Jangan biarkan anda jadi mangsa osteoperosis

SANGGUPKAH ANDA RISIKOKAN DIRI TERKENA OSTEOPEROSIS?

Wanita lebih cenderung dan mudah terkena osteoperosis. Ini disebabkan wanita mengandung dan menyusukan. Andainya kalsium yang diambil tidak mencukupi maka kalsium dari tulang akan diambil. Jadi mudahlah tulang reput, gigi retak. Cukup tak keperluan kalsium tu?

Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, tapi jarang mencukupi. Pengambilan makanan tambahan kalsium dapat membantu. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua.

Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun.
Jadi kalau umur dah lebih 35tahun, tak perlu ke makan kalsium?
Lagi lah penting sebab dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik. Kalau tak habis diambil dari tulang dan gigi.

Makanan tambahan yang lina nak cadang adalah OSTEMATRIX. Lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitaminD.

Jom jaga kesihatan tulang!

0135907399
Lina

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Saturday, August 19, 2017

Perempuan kaki shopping?

SHOPPING
Iyer ke orang perempuan ni suka shopping. Tak lah kan! 😝😝😝
Kita tengok2 je kan...hahaha

Sajela nak tanya pendapat pembaca2, kalau betullah kita ni suka shopping, apa benda yang korang pantang tengok rasa nak beli? Tiap orang lain kan..ada pantang tengok tudung aidijuma, ada pantang tengok handbag...kan3?

Lina ni pulak ada musim2. Boleh pulakk gitu.. Kalau masa tengah menyusu dulu, suka nak membeli alat2 dan aksesori, storage bag, storage bottle, baju2 nursing. Bila anak2 dah besar pantang tengok baju2 budak pulak. Haa gitulahh ikut musim2. Lina ni jenis tak tukar bag dan kasut, dah buruk atau terkopek2 kang barulah nak tukar. Obses lebih pada barang anak2. Ke sindrom jadi mak2 memang gini?😂😂


Read More

Pengalaman Berpantang Dengan Gembira

Teringat masa berpantang Khaira Sakinah, anak kedua lina. Dia tido lena je selalu. Bangun hanya nak menyusu dan akan tido balik dengan nyenyak...hehe...
Mak lina pun cakap takde ragam pun sakinah. Masa baby lah, sekarang akalnya macam2 😂

Alhamdulillah memang mudah jaga adik masa mama dalam pantang dulu. Allah Maha Mengetahui sebab masa tu nak jaga yang si kakak lagi kan.

Tapi salah satu sebabnya lina minum ESP dalam pantang. Hari2 mesti minum dua kali. Susu memang melimpah ruah jadi bby kenyang dan lena tido. Susu pun pekat berkualiti 😍

Extra bonus bila minum ESP bukan setakat susu je pekat dan banyak tapi badan cepat kurus, segar, kulit makin bersih, maklumla lepas bersalin kan.

Dan paling penting badan cergas, bertenaga bangun malam untuk tandem pumping. Buat stok. Rasa tenaga tu ada je.

Lina bukan sahaja ambil ESP, lina ambil set berpantang shaklee. Alhamdulillah memang sangat membantu. Dan untuk baby no3 lina akan add on vivix! InshaAllah berpantang akan jadi kenangan indah 😊

Kalau ada yang tengah nak pilih set bersalin....lina memang syorkan shaklee lah ofkos!

0135907399
Lina
Read More

Friday, August 18, 2017

Naikkan bacaan platlet ketika denggi

Demam denggi biasanya hari2 doktor akan check berapa bacaan platlet. Dan sangat penting untuk pastikan ianya naik.

Antara supplemen yang dapat membantu adalah:
1) Performance drink
2) Nutriferon

Perdoance drink membantu mengekalkan badan hidrat dan nutriferon mebantu meningkatkan imunisasi badan.

#gempakbintang
Read More

Tips Kecutkan Tonsil Anak

TIPS KECUTKAN TONSIL ANAK

Selalunya bila anak lina demam, dan diperiksa di klinik, tonsilnya membengkak.

Antara tips yang membantu mengecutkan tonsil adalah:

1) Aiskrim vanilla
Bukan apa, bila rasa lega anak akan mudah minum air dan seterusnya suhu akan turun cepat.

2) Nutriferon dan vitaminC

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954. Setelah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, akhirnya beliau telah berjaya menemui interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon.

Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower,Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Ianya hanya boleh dibeli melalui pengedar shaklee.

Memang sangat membantu mengecutkan tonsil. Kalau anak2 ada tanda2 kurang sihat memang bagi nutriferon cepat2. Cuma sebab ianya sedap dikemam, lina mang kena sorok.hehe

0135907399
Lina

Read More

Thursday, August 17, 2017

Amalan Rohani Mudah Ketika Stress

SELAWAT

Dari dulu sampai sekarang, pesan mak ayah lina kalau lina mengadu stress atau sebelum nak masuk exam masa belajar dulu, pesan mak satu je: selawat banyak2...

Jadi amalan yang paling mudah untuk laksana andai tengah serabut adalah berselawat. 
Sewaktu rasa takut berselawatlah. Sewaktu rasa bimbang berselawatlah. Sewaktu rasa lapang dan senang juga berselawatlah.

Dalam perjalanan setiap hari, lina ada satu simpang yang lina trauma nak lalu. Sebab pernah bergesel dengan motor waktu gelap pagi hujan. Jadi sejak dari tu asal menghampiri simpang tu lina memang dah selawat dan doa kuat2, Ya Allah aku nak keluar simpang ni ya Allah, permudahkanlah, bagilah kereta atau motor tak banyak masa nak keluar. 

Selawat je banyak2. Dan doa je kuat2. 

Allhumma solli 'ala sayyidina muhammad...

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Car Menurunkan Paras Kolestrol

CARA MENURUNKAN PARAS KOLESTROL

Tempoh hari, di sekolah lina ada pemeriksaan darah, dan apabila mendapat keputusan, ada cikgu yang badannya kecil sahaja tetapi bacaan kolestrol melebihi yang sepatutnya. Jadi walaupun anda kurus tak semestinya bebas kolestrol tinggi. Kena jaga2 juga tau.

Ok, sebelum lina bagi tips, apa tu kolestrol?

Kolesterol datang dari dua sumber: badan dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75% dari kolesterol darah. Selebihnya 25% datang dari makanan yang anda makan.

Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.

Dalam shaklee, set kolestrol ada dua yang utama iaitu PHYTOCOL dan OMEGA GUARD.

👉OmegaGuard : EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL. Ia mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Asid lemak Omega-3 memelihara tekanan darah dan paras normal trigliserida

👉Phytocol-ST : Membantu menghalang penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL

Kombo kedua2 ini sangat membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ingat, kolestrol yang banyak menyebabkan arteri tersumbat. Bahaya tau!

Makan pun kena jaga, kangan kerap makan berminyak, biasakan pemakanan sihat dan seimbang.

Boleh hubungi lina untuk maklumat lanjut!
0135907399
Lina

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Wednesday, August 16, 2017

Persediaan untuk hamil

Persediaan untuk hamil?
Ramai bakal ibu sedar akan kepentingan pengambilan asid folic. Namun asid folic bukanlah menjamin anda pasti akan hamil tapi ia adalah persediaan baik untuk pembentukan janin nanti. Hari ni lina nak kongsi sedikit tentang asid folic.

Apa sebenarnya asid folic ni?
Asid folic adalah vitamin b9 yang sangat penting untuk pembentukan sel sel tubuh. Ia penting dalam membina DNA dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu, ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel sel baru. Jika ibu kekurangan asid folic kesihatan bayi juga akan terjejas.

Apakah lagi kepentingan asid folic bagi persediaan kehamilan?
✅membantu meningkatkan kadar kesuburan
✅mengurangkan risiko keguguran
✅optimumkan penyempurnaan pembentukan sistem saraf fetus
✅mematangkan ovum
✅kurangkan risiko kecacatan pada sperma suami

Lina memilih B COMPLEX SHAKLEE. Sebab ia bukan sahaja mengandungi vitamin b9 iaitu asid folic tetapi 8 jenis vitamin b yang juga penting untuk kesuburan dan kesihatan.

Boleh whatsapp untuk kita berbincang lebih lanjut.

0135907399
Lina

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Vitamin ketika cuti

Balik kampung atau bercuti vitamin yang lina tak boleh tinggal pastilah set harian lina, isi dalam pillbox je.
✅vitalea
✅vitaC
✅bcomplex
✅ostematrix
Dan semestinya untuk anak2
✅chewable vitaminC
✅nutriferon

Eh penting sangat yang ni tak boleh miss. Kalau ostematrix dan chewable vitaC tak isi pillbox sebab botolnya kecil. Nutriferon bawa dalam 5-6sachet. Bergantung berapa hari nak perginya.

Lina,
Pengguna Shaklee sejak 2014

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Tuesday, August 15, 2017

Apa tu "Live Your Brand?"

Ini dia botol air kesayangan lina.
..

Botol tumbler shaklee 800ml. Sehari minum dua botol. Campur2 dengan yang minum kat cawan cukup 2L sehari.😂
Ni cara lina untuk pastikan minum air masak menckupi.
..
Semalam kan ada kawan lina guna botol besar 2L, kat botol dia dia letak tape dan kata2 motivasi.
cth: sikit lagi, you can do it..
Best kan?pandai dia 😄
..
Apa pun caranya...pastikan minum 2L air KOSONG sehari ye.
Bukan sebab amik vitamin..tapi memang kita kena cukup air tau! 😉
..
Psssttt.....smart tak botol ni?lina suka sangat.hehe
Bukan obses tapi saya memang suka pakai apa2 sahaja produk Shaklee. Mestilah kan. I LOVE SHAKLEE. Macam korang kalau dah sukakan sesuatu brand mestilah akan gunakan produk2 dia kan? 😍

LIVE YOUR BRAND BECAUSE WE LOVE 😉
❤Lina Iryani

#tsunamiturbo
#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Subjek apa yang disukai di sekolah?

Subjek apa yang anda suka waktu di sekolah?

Eh, tetiba flashback kan.hehe
Minggu ni sekolah lina minggu exam, minggu acah sibuk sangatlah bila jadi su exam.

Teringat lina kalau di sekolah dulu, menengah rendah lina sukakan matematik. Cikgu lina namanya cikgu faridah. Tak ingat nama panjangnya. Tapi dia bergaya jugalah, pakai macam rantai pearl besar di atas baju kurung. Kenalah dengan gayanyan. Tak pelik pun. Seingat lina, cikgu faridah mengajar dengan semangat. Dia terangkan maths tu dengan 'spirit'. Jadi tu yong syokk belajar maths.

Tetiba terfikir, "ntah apalah anak2 murid aku rasa sekarang?". Lina cikgu maths sekarang!hehehe... Lina doakan semoga pengajaran lina mudah difahami anak2 murid. Rasanya guru juga memberi kesan kan pada subjek tu. 😉

Apapun, untuk berjaya, guru hanya membawa beberapa peratus sahaja. Mungkin stakat 10%. SIKAP DIRI SENDIRI. "ATTITUDE"; rajin, sukakan ilmu, suka bertanya, itu faktor besar kejayaan.

Korang dulu suka subjek apa ye?

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Monday, August 14, 2017

Kenapa Pilih Shaklee

Sekarang terdapat pelbagai produk kesihatan yang dijual. Jadi kena hati2 dalam membuat pilihan.
..
Sebagai penjual produk kesihatan, menjual produk yang TERJAMIN adalah AMANAH. Jadi lina pilih menjadi pengedar Shaklee. Lebih mudah dari menjual yang kita tak tahu latar belakangnya.
..
Feel the difference!
..
PROVEN
✅Over 100 published clinical studies!
✅20+years of LandmarkStudy - shows that Shaklee populations are dramatically better
✅137 medals powered by Shaklee products (athletes who consumed Shaklee and has won medals)
✅NASA space program used Shaklee
✅Millions of people lived healthier
✅In US 25% revenues comes from customers who have used Shaklee for more than 30years and more
✅Proven business model - business that lasts and is REAL

..
Ada yang mencari supplemen untuk sekeluarga? Atau mahu mulakan langkah pertama sebagai pengedar?
Hubungi
0135907399
Lina

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Tips Bunag Angin Dari Badan

Biskut tu biskut ginger/halia.
Halia ni sinonim dengan buang angin..makan biskut ni memang rasa macam pedas2 sikit.hehe
..
Tapi biskut takleh makan banyak2 ada sugar!
Jadi solusi terbaik buang angin dalam badan adalah peppermint ginger plus 👍
..
Takpe, buang angin itu menyihatkan.hehe
..
0135907399
Lina

#gempakbintang
#fantastic4
Read More

Saturday, August 12, 2017

Tips Atasi Sunburn

Tips atasi sunburn

................................
Dengan cuaca yang panas di Malaysia, sangat mudah terkena 'sunburn'. Kalau dulu kat sekolah, bila bersukan je, boleh lihat garis tudung si muka. Sebelah lain, sebelah lain.hehe...biasa tak?

Hari ni lina kongsikan 3 tips untuk rawat kulit yang terbakar akibat sinaran matahari ni. Sebabnya, lina kini dah tiada masalah ni. Kalau sumburn pun kejap dah pulih.

Tips 1: Sejukkan wajah
Gunakan ais atau sapukan lidah buaya. Kalau susah dapat lidah buaya yang ori, gunakan gel pun boleh. Kulit akan rasa lebih lega dari kerengsaan panas tu

Tips 2: Pengambilan vitaminC dan vitaminE
Gabungan dua vitamin ini adalah yang terbaik untuk perlindungan kulit. Disebabkan lina dah konsisten, memang kulit wajah sukar tinggalkan kesan sunburn walau berjemur di bawah mentari.

Tips 3: Pengambilan collagen
Collagen dapat memberbaiki tekstur kulit sekaligus memberikan kesan lembap dan cerah sepantas penggunaan 3sachet.

0135907399
Lina

Read More

Atasi Sembelit Semasa Berpantang


Sembelit semasa berpantang adalah masalah sinonim ibu2. Sudahlah luka bersalin belum pulih, mahu "membuang" pula susah!

Sebenarnya semasa hamil pun ibu2 mudah kena sembelit. Solusi untuk masalah ini adalah pengambilan 4biji ostematrix setiap malam.
...................
Apakah fungsi Ostematrix?

Ostematrix mengandungi bukan sahaja Kalsium tetapi juga Magnesium yang berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan menyerap air dalam badan.

Oleh sebab itu digalakkan mengambil air sebanyak 3 liter sehari untuk mengimbanginya. Ia juga merangsang pergerakan otot dan usus adalah otot terpanjang dalam badan kita. Apabila usus digerakkan dengan lancar, sembelit tidak akan berlaku.

Lega tau! Ada tak mak tang atau mak yong yang alami masalah sembelit ni? Jom2 amal ostematrix.

0135907399
Lina

Read More

Friday, August 11, 2017

Kempen Sihat dengan "suku suku separuh"

Sahut kempen dan kongsikan resipi jom!

Memilih makanan untuk kekal sihat boleh mengikut tips ini:
1) Pinggan suku suku separuh
2) Gantikan makanan bergoreng atau ditumis dengan minyak dengan makanan yang dibakar atau direbus
3) Pengambilan serat. Pastikan separuh pinggan adalah serat sama ada buah buahan atau sayur sayuran.
4) Minum air sekurang kurangnya 2L sehari.
(Tidak termasuk air manis tau, air masak sahaja)

Malaysia antara negara paling ramai rakyatnya yang obes. Jom kita jadikan pinggan sihat ini sebagai amalan harian supaya kita semua akan kekal sihat inshaAllah...

Eat to live and Eat Well!
Read More

Produk Untuk Atasi Sembelit

Pernah tak alami sembelit sehingga bertapa lama di dalam tandas? Tapi tak boleh dibiarkan tau sebab boleh menjurus kepada berbagai masalah kesihatan yang lain juga, sebabnya, banyak penyakit sebenarnya datang daripada usus yang tidak sihat. Dan sembelit juga boleh membawa kepada kecederaan termasuk buasir.

Untuk anda yang mempunyai sembelit ni, lina sangat-sangat sarankan agar anda mencuba Herb-Lax Shaklee. Kesannya sepantas 1malam.

Formulasi Herb-Lax ni terdiri herba semulajadi.

Ada 9 jenis: alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.

Apa sumbangan penting setiap bahan ini dalam usaha untuk kempiskan perut kita?

1)Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

2)Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.

3)Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.

4)Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk mengatasi masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

5)Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

6)Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi.

7)Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.

8)Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

9)Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

Apa lagi keistimewaan Herb-Lax ni selain daripada mengempiskan perut?

    i.   Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh
    ii. Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
   iii. Membantu masalah sembelit
    v. Melawaskan pembuangan air besar

Jom cuci usus dan atasi sembelit..

Hubungi lina untuk konsultasi dan mendapatkan herb lax
0135907399

#gempakbintang
#fantastic4
Read More