Tuesday, September 26, 2017

Menuntut Ilmu Biarlah ke Negeri Cina

Eh biar betik sampai ke China..hahaha...

Takdelah, lina nak kongsikan kisah sabtu lepas di mana lina pergi ke Batu Pahat untuk belajar mengenai bisnes bersama mentor, mak bintang.

Seawal lepas subuh lina keluar rumah dan hantarkan anak2 ke rumah mak mertua. Niat di hati nak je bawa tapi biarlah diorang nak main dengan anak sepupu yang baru balik dari Kuantan.

Lina pandu terus ke rumah kak haida di Bukit Gambir, Muar. Dalam sejam jugak nak sampai. Kemudian kami teruskan perjalanan ke Parit Raja, Batu Pahat. Tambah lagi 2jam memandu sebab hujan sangat2 lebat. Mencabar betul memandu hari tu sebab hujan lebat, air bertakung di jalan, kereta manual, kena hati2....Alhamdulillah tiba di Batu Pahat dalam 10am.

Kelas dibuat di pusat tuisyen milik kak husna, sideline dalam team kami. Ya Allah seronoknya belajar mengenai SUCCESS OF A MILIONAIRE MIND.  Details pastinya lina kongsikan bersama group lina iaitu AuroraFamily. Kena lah join dulu.

Alhamdulillah lepas belajar dijamu pula dengan nasi beriani dan kek karamel yang lazat. T.kasih lah tuan tanah!

Lebih kurang 2.30pm kami bertolak pulang dan lina tiba di rumah pukul 5pm. Memang terasa letih memandu jauh, sebab hujan jadi kita stress mata nak tumpu betul2. Pinggang semua terasa lenguh sebelah malam. Makyong telan 4biji ostematrix untuk legakan urat2. Berbaloi rasanya berpenat, sebab ukhwah yang ada, terasa ilmu itu mengalir dengan berkat 😁

Jomlah join team kami. Kelas online dan offline sentiasa ada. Group sentiasa memyokong.

Hubungi je lina
0135907399

Layan gambar sikit2:


Read More

Cara Pisahkan Anak dengan Bantal Busuk


Ha ini dia bantal busuk yang boleh bikin satu rumah bergoncang.hehehe...

Anak lina yang sulong ni dari umurnya berapa bulan ntah dia melekat dekat bantal ni. Aduhai, bagi yang ada bantak busuk tahu ajelah penangannya. Nak tidur, nak minum susu WAJIB ada. Kalau tak ada memang haru dibuatnya. Pernah kitorang ni dah keluar berjalan. Tercicir kat rumah. Boleh patah balik pergi amik bantal yang satu ni. Mujur tak jauh lagi.

Sampailah umurnya dah 4tahun lebih, lina tekad yang mesti kena pisahkan jugak. Macam2 cara lina buat. Mula2 buat2 hilang. Cakap tak jumpa lah. Tak berjaya. Sebab bila mengamuk nangis. Surrender bagi juga. Kali kedua bila cakap hilang, dia dah tahu mama sorokkkkk!!!

Kemudian fikir2...pilih nak guna approach rewards. Dia akan tinggalkan sendiri. Teringat yang dia nak sangat buat sambutan hari jadi kat tadika dengan kawan2. Jadi kita buat DEAL. hahaha

Birthday 5tahun nanti mama sambut birthday kakak dekat sekolah dengan kek yang BESAR...tapiiiiiiii......kakak kena tunjukkan mama kakak boleh tidur tanpa bantal busuk. Hasilnyaaaaa.....BERJAYA!!!

Maka mama dan ayah tunaikanlah janji. Memang besar gedabak kek mama order. Dan DRAMA BANTAL BUSUK telahpun TAMAT.

Legaaaaaaaaaaaaaa....hehehe

Itula budaknya yang pakai cekak ala2 princess. Macam padang bola punya besar kek...kih3.... Kakak dahnpun 5tahun 8bulan. Dah pandai membaca, dah rajin tolong mama. Yang penting, dah tidur tanpa bantal busuk!!!

Kalau mommies yang tengah cara cara nak pisahkan, cubalah cara memberi ganjaran. Biar dia tinggalkan dengan sendiri. Tak payah paksa2.

😄
Read More

Thursday, September 21, 2017

Siapa yang perlu amalkan minyak ikan?

Terdapat banyak minyak ikan di pasaran. Dalam shaklee, minyak ikan dipanggil Omega Guard.

Siapa yang perlukan Omega Guard?
1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Kalau ada yang menghadapi masalah asthma, kolestrol, obesiti, jantung........sangat2lah digalakkan mengambil omega guard ni..jangan tak tahu produk2 shaklee ni dikaji oleh saintis2 dan telah ditulis dalam banyak journal2 sains. Produk ini juga telah diiktiraf KKM dan sudah hampir 60tahun.

Jom dapatkan minyak ikan yang terbaik di pasaran!


Hubungi
0135907399
Lina
Read More

Produk untuk Tampil Flawless dan Glowing

Assalammualaikum dan salam sejahtera! 😊

Kulit anjal, lembut, berseri2 dan punyai efek "glowing" semulajadi pastinya idaman setiap wanita. Kini, ianya boleh menjadi milik setiap wanita dengan mengambil collagen shaklee secara konsisten. Kesan seawal 3 sachet sudah kelihatan!


Jom kita tengok apa kata pengguna2 kolagen.

Testi 1:
Selepas 5 sachet MUKA GLOWING je!
Tak payah nak gaduh kulit megelupas ke hape, dah guna dua kotak, parut semua pudar, kulit jadi sekata.
BETUL2 SUPERB!
~ Pn.Nurul Nadia



Testi 2:
●Hanya selepas 3hari!

●k
ulit moist

●liang
 pori mengecil

●le
mbut dan licin mcm baby


Testi 3:
Mak Pn.Syida merupakan salah seorang yang telah menggunakan kolagen dan masalah jeragat beliau selesai!

Ini baru tiga antara beratus ratus lagi yang telah merasai perbezaan ketara setelah mengambil kolagen shaklee.

71% pengguna akui selepas lapan minggu amalkan collagen shaklee memang terasa
  • kulit moist
  • kulit anjal
  • susu melimpah ruah sampai baju basah
  • parut pudar

Kesan Shaklee collagen powder berbeza beza bergantung pada individu. Ada yang seawal sachet ke 3 dah rasa kulitnya lembap dan moist. Ada yang perlu habiskan sekotak. Daripada  ujian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee sendiri, kesannya dapat dilihat seawal 3 minggu pertama.
Bukan itu sahaja, anda pasti tampil lebih seksi dihadapan suami nanti kerana kesan Collagen Shaklee menjadikan anda lebih anjal dan gebu !
Mengapa collagen shaklee lebih istimewa?
Collagen Shaklee mempunyai berat 1000dalton, ringan dan sangat2 mudah diserap ke dalan badan. Biasanya, collagen di pasaran mempunyai berat 30000 dalton menyebabkan sukar diserap dan akhirnya kesan tak kelihatan.
Jom beli 2 twin pack terus dan dapatkan bonus dan keahlian PERCUMA!

0135907399
Lina
"Pakar Set Cantik Shaklee"
Read More

Wednesday, September 20, 2017

Penghantaran Shaklee Terus ke Rumah di Melaka

Assalammualaikum dan Selamat Sejahteta orang2 Melaka semua! 😊
Antara perkhidmatan yang saya sediakan sebagai pengedar Shaklee Melaka Tengah ialah:

1) Penghantaran secara percuma semua produk Shaklee terus ke pintu rumah anda. 

2) Konsultasi face to face supaya kesan yang lebih positif diperolehi.

3) Memberikan bimbingan kepada mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan dalam bisnes Shaklee .

Oleh itu, orang-orang Melaka Tengah jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk Shaklee daripada Lina iaitu pengedar Shaklee Melaka Tengah. 

Antara kawasan cod biasa lina:

Bukit Katil, Bukit Baru, Duyong, Semabok, Padang Temu, Melaka Central, Ujong pasir dan sekitar Melaka Tengah.

Pastinya lina akan berikan servis konsultasi yang paling SYOK DAN TERBAIK!


HUBUNGI:

0135907399
LINA
Read More

Atasi dan Cegah Asthma Pada Anak Kecil

Assalammualaikum semua....

Asma sangat2 merunsingkan ibu bapa terutama kalau anak2 masih kecil lagi. Tambahan kalau malam2 terpaksa berangkat ke hospital dan mengharapkan bantuan nebulizer.

Saya baru bertemu dengan seorang ibu yang dah bertahun anak sulongnya ada asma dan kerap sangat ke hospital. Lepas dah sembang2, katanya dia berikan dia omega guard shaklee, Alhamdulillah dah beransur dan kini tak ada lagi... Anak2 nya sekarang memang dia pastikan ambil omega guard ni setiap hari... 

Yang menggembirakan, bukan sahaja membantu pulihkan asma, omega guard sangat2 baik untuk meningkatkan daya ingatan buat anak2. Minyak ikan terbaik lah...

Jom tengok testimoni pengguna omega guard



Jom ikhtiar dan amalkan omega. Bukan sahaja untul anak2 bahkan satu keluarga boleh amalkan. Minyak ikan terbaik dunia 👍

Hubungi
0135907399
Lina
Read More

Jom Awet Muda dan Sihat dengan 1sudu "Minuman Rahsia"

1 SUDU VIVIX SETIAP HARI


Dalam vivix ada resveratrol dan polifenol. Gabungan kedua2 ini menjadikan ianya minuman antioksidant TERBAIK!
.
Kenapa asyik2 nak antioksidant?
Kita ni hari2 terdedah kepada radikal2 bebas dan oksidant2 yang merosakkan sel badan. Jika sel badan mulai rosak, di sinilah pelbagai penyakit mulai muncul. 
.
Vivix sangat2 pekat sampaikan ianya takkan beku disimpan dalam freezer, walau dengan 1sudu teh sehari, impact yang anda bakal dapat : wow!
.
Ha..ramai yang first time jumpa lina taktau lina dah ada anak dua orang tau!.. 
Penangan vivix lah ni.ahhakkss....
Sape nak awet muda?
Sila amalkan vivix ok! 
.
Bukan lina seorang je tau, cuba tengok ni:

Di usia 50++ mereka ini sihat, bebas sakit2 kronik dan boleh berjalan2. Paling utama dapat beribadah dengan mudah. 
..
Vivix bertindak memelihara telomere pada dna sel. Membuatkan sel terpelihara dan sukar rosak akibat pelbagai radikal bebas.
..
Jangan tangguh2, hubungi lina cepat


0135907399
Lina
Pengguna dan Pengedar Shaklee
Read More

Cara tingkatakan imuniti semasa demam denggi

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...

Baru dua hari lepas dapat berita sorang sahabat dalam team kami sedang diuji dengan demam denggi. Allah....sedih bila tahu...

Denggi ni semua tahu disebabkan oleh nyamuk iaitu aedes...

Lina nak kongsi sikit tips,
1) Pastikan kawasan rumah bersih dan tempat2 pembiakan nyamuk ni tiada, periksa bekas2 takungan air pastikan takde air bertakung, kalau ada letakkan ubat.

2) Tingkatkan imuniti diri sendiri dan ahli keluarga...antaranya dengan pengambilan nutriferon,

NutriFeron merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon yang akan melawan virus secara semualajadi..

Interferon ni umpama perisai yang akan lawan virus dari dalam badan...

Yang bby sejak umur 1tahun dah boleh bagi dah 😊

3) Berdoalah supaya kita semua dijauhkan dari ujian sakit virus yang merbahaya ini....semoga Allah lindungi kita semua...

Hubungi
0135907399
Lina
Read More

Cara Turunkan Berat Dan Langsingkan Badan

Lina...kita nak turunkan beratlah...asyuk berrambah je sejak beranak. Ini luahan hati kawan lina baru2 ni. Sebelum ni dia cuma ambil alfafa. Sebagai jamu dan milkbooster. Jadi lina cadangkan kombo langsing yang sangat jimat poket.

Alfafa ni bertambah banyak sangat kebaikannya bila digandingkan dengan supplement lain. Tapi untuk post kali ni lina nak fokuskan pada gandingan Alfafa + Lecithin.

Ada apa bila alfafa ni digandingkan dengan lecithin? Inilah dia combo yang akan membantu anda muat semula baju tahun2 yang lalu..yang 10 tahun lalu pun boleh muat inshaAllah..hehe
Ada apa dengan lecithin ni? Lecithin ni umpama gam yang lekat kat lemak...ia "pengemulsi lemak", menyebabkan lemak terapung dalam darah dan tidak melekat. Macam gitulah serba sedikit dalam bahasa yang mudah.

Makin handsome bro ni lepas ambil set kurus

Nak tahu kebih lanjut tentang cara pengambilan dan harga?

Hubungi je 
0135907399 Lina
Read More

Tuesday, September 19, 2017

Kenangan Bersalin anak kedua

Saje mahu coretkan di sini buat kenangan diri dan anak2 di kemudian hari.
Kenangan bersalin: Anak sulong

Kali ni kisah masa nak lahirkan puteri kedua, Nor Khaira Sakinah. Seminggu sebelum tarikh due date tu lina check in 2malam di hospital. Lepas tu check out balik.hehe

Kisahnya masa lepas solat rasa macam basah seluar. Risau leaking air ketuban, pergi jela klinik pakar kat sg dua penang tu. Sekali doktor check2 katanya ada contraction ni, terus pergi hospital sebab dah nak bersalin. Padahal memang lina tak rasa apa lagi pun. Scan air ketuban pun normal. Tapi sebab nak selamat, pergi je hospital, sekali kita bermalam 2 malam hanya untuk tengok2 dan dipantau.

Balik tu macam biasa lalui hari2. Tapi lina buat apa tau, buka youtube cari senaman2 untuk makyong dan ikut sama bersenam. Bibik pulak bagi idea merangkak, lina pun merangkak lah. Dah macam harimau pulak rasa merangkak lat lantai rumah mak..hahaha....

Ahad tu mak, ayah dan suami nak pergi lawat adik yang bongsu kat mrsm perlis. Lina nak ikut sekali....semua risau takut terberanak.hahaha..... Tapi degil jugak nak ikut berjalan. Sampai ke padang besar tu haaa...shopping lagi padahal dah menanti hari dan memboyot sangat....

Sehari sebelum bersalin, 2/4 pergi KBJ, saje jalan2, sempat shopping baju si kakak lagi. Malam tu sebelum tidur lina nampak spotting coklat sikit. Lina tak bagitau langsung suami atau mak. Serik nak masuk hospital duduk lama2.

Dalam pukul 3am lina rasa perut memulas2, bangun pergi toilet, lepastu nak tidur tak boleh, pukul 4am tu nampak mak dah bangun, lina cakap memulas2 dah perut. Mak kata pergi mandi tawassul. Lina pun mandi tawassul, solat tahajud, hajat, sementara tunggu subuh tu memang sempat baca surah maryam sampai habis.

Suami pergi surau subuh tu, sementara tunggu dia balik lina dah siap2 memang nak serah diri sebab contraction dah makin kerap tapi masih boleh tahan. Mak ada goreng mee dan buat milo oat. Cuma mampu minum milo oat je waktu tu. Contraction masa ni sampai tak boleh jalan tegak. Mak dah nak fon ambulans. Tapi suami kata takpe dia drive je.

Dalam perjalanan memang sakit contraction yang amat. Mujur dia hilang selang 3minit macam tu. 7biji kurma bekal habis lina telan nak layan contraction. Panik punya pasal suami salah jalan ke hospital. Turun kereta tanya teksi depan, alhamdulillah driver tu suruh ikut je dia.

Sampai je hospital memang terus salin baju dan bukaan dah 6cm. Masuk labour room terus. Nurse yang bantu semua sebab bukaan dah 8cm. Doktor praktikal kot yang duk tanya2 history hanya mampu jawab mana sempat je. Nurse suruh teran memang teran. Suami cakap "abg nampak rambut baby...." Terus datang tenaga nak teran kuat. Alhamdulillah 8.30am 3 April2014 lahirlah puteri kedua yang dinamakan Nor Khaira Sakinah. Mula2 nak letak Ayra Sakinah. Lepastu ayah kata dia lahir khamis, letak khaira...maksud pun ada.

Alhamdulillah.....kenangan....mujur tak keluar dalam kereta...hehe


Read More