Tuesday, September 19, 2017

Kenangan Bersalin anak kedua

Saje mahu coretkan di sini buat kenangan diri dan anak2 di kemudian hari.
Kenangan bersalin: Anak sulong

Kali ni kisah masa nak lahirkan puteri kedua, Nor Khaira Sakinah. Seminggu sebelum tarikh due date tu lina check in 2malam di hospital. Lepas tu check out balik.hehe

Kisahnya masa lepas solat rasa macam basah seluar. Risau leaking air ketuban, pergi jela klinik pakar kat sg dua penang tu. Sekali doktor check2 katanya ada contraction ni, terus pergi hospital sebab dah nak bersalin. Padahal memang lina tak rasa apa lagi pun. Scan air ketuban pun normal. Tapi sebab nak selamat, pergi je hospital, sekali kita bermalam 2 malam hanya untuk tengok2 dan dipantau.

Balik tu macam biasa lalui hari2. Tapi lina buat apa tau, buka youtube cari senaman2 untuk makyong dan ikut sama bersenam. Bibik pulak bagi idea merangkak, lina pun merangkak lah. Dah macam harimau pulak rasa merangkak lat lantai rumah mak..hahaha....

Ahad tu mak, ayah dan suami nak pergi lawat adik yang bongsu kat mrsm perlis. Lina nak ikut sekali....semua risau takut terberanak.hahaha..... Tapi degil jugak nak ikut berjalan. Sampai ke padang besar tu haaa...shopping lagi padahal dah menanti hari dan memboyot sangat....

Sehari sebelum bersalin, 2/4 pergi KBJ, saje jalan2, sempat shopping baju si kakak lagi. Malam tu sebelum tidur lina nampak spotting coklat sikit. Lina tak bagitau langsung suami atau mak. Serik nak masuk hospital duduk lama2.

Dalam pukul 3am lina rasa perut memulas2, bangun pergi toilet, lepastu nak tidur tak boleh, pukul 4am tu nampak mak dah bangun, lina cakap memulas2 dah perut. Mak kata pergi mandi tawassul. Lina pun mandi tawassul, solat tahajud, hajat, sementara tunggu subuh tu memang sempat baca surah maryam sampai habis.

Suami pergi surau subuh tu, sementara tunggu dia balik lina dah siap2 memang nak serah diri sebab contraction dah makin kerap tapi masih boleh tahan. Mak ada goreng mee dan buat milo oat. Cuma mampu minum milo oat je waktu tu. Contraction masa ni sampai tak boleh jalan tegak. Mak dah nak fon ambulans. Tapi suami kata takpe dia drive je.

Dalam perjalanan memang sakit contraction yang amat. Mujur dia hilang selang 3minit macam tu. 7biji kurma bekal habis lina telan nak layan contraction. Panik punya pasal suami salah jalan ke hospital. Turun kereta tanya teksi depan, alhamdulillah driver tu suruh ikut je dia.

Sampai je hospital memang terus salin baju dan bukaan dah 6cm. Masuk labour room terus. Nurse yang bantu semua sebab bukaan dah 8cm. Doktor praktikal kot yang duk tanya2 history hanya mampu jawab mana sempat je. Nurse suruh teran memang teran. Suami cakap "abg nampak rambut baby...." Terus datang tenaga nak teran kuat. Alhamdulillah 8.30am 3 April2014 lahirlah puteri kedua yang dinamakan Nor Khaira Sakinah. Mula2 nak letak Ayra Sakinah. Lepastu ayah kata dia lahir khamis, letak khaira...maksud pun ada.

Alhamdulillah.....kenangan....mujur tak keluar dalam kereta...hehe


About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment