Tuesday, September 26, 2017

Menuntut Ilmu Biarlah ke Negeri Cina

Eh biar betik sampai ke China..hahaha...

Takdelah, lina nak kongsikan kisah sabtu lepas di mana lina pergi ke Batu Pahat untuk belajar mengenai bisnes bersama mentor, mak bintang.

Seawal lepas subuh lina keluar rumah dan hantarkan anak2 ke rumah mak mertua. Niat di hati nak je bawa tapi biarlah diorang nak main dengan anak sepupu yang baru balik dari Kuantan.

Lina pandu terus ke rumah kak haida di Bukit Gambir, Muar. Dalam sejam jugak nak sampai. Kemudian kami teruskan perjalanan ke Parit Raja, Batu Pahat. Tambah lagi 2jam memandu sebab hujan sangat2 lebat. Mencabar betul memandu hari tu sebab hujan lebat, air bertakung di jalan, kereta manual, kena hati2....Alhamdulillah tiba di Batu Pahat dalam 10am.

Kelas dibuat di pusat tuisyen milik kak husna, sideline dalam team kami. Ya Allah seronoknya belajar mengenai SUCCESS OF A MILIONAIRE MIND.  Details pastinya lina kongsikan bersama group lina iaitu AuroraFamily. Kena lah join dulu.

Alhamdulillah lepas belajar dijamu pula dengan nasi beriani dan kek karamel yang lazat. T.kasih lah tuan tanah!

Lebih kurang 2.30pm kami bertolak pulang dan lina tiba di rumah pukul 5pm. Memang terasa letih memandu jauh, sebab hujan jadi kita stress mata nak tumpu betul2. Pinggang semua terasa lenguh sebelah malam. Makyong telan 4biji ostematrix untuk legakan urat2. Berbaloi rasanya berpenat, sebab ukhwah yang ada, terasa ilmu itu mengalir dengan berkat 😁

Jomlah join team kami. Kelas online dan offline sentiasa ada. Group sentiasa memyokong.

Hubungi je lina
0135907399

Layan gambar sikit2:


About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment