Saturday, October 28, 2017

Bercuti ke Felda Residence Hotspring Sg Klah Part 3

Assalammualaikum, akhirnya tiba juga ke bahagian hotspring.hehe...

Maafla ye sampai 3 entry
Klik Part 1 untuk review nasi bamboo Sg Klah
Klik Part 2 untuk review hotel dan keadaan bilik

Nak turun ke hotspring dari bilik hotel memang agak jauh perjalanannya. Ala korang relaks je ambil angin suasana nyaman sambil kejar anak kejap dah sampai. Sebelum masuk ada yg cek kita pakai tag atau tak. Cuma dalam beberapa kali lina turun mandi sekali aje dia cek. 😂

Bagi yang duduk menginap dapat FREE entrance utk 2 dewasa. Kalau ada tambahan kena beli la tiket tu.

Pesan lina, sebelum turun tu bawa la siap2 towel sehelai, botol air masak, duit sikit, sebab ada cafe jugak kot tetiba nak makan pau atau aiskrim kan... Kalau ada bawa barang2 berharga jangan risau kalau takde yang nak jaga sebab ada locker berkunci. Siapkan duit jela.hehe

Lina cerita kolam yang bersuhu biasa dulu ok. Kolam sejuk la. Ada dua. Satu tempat khas budak2. Satu lagi sangat besar. Moh tengok gambar.


Budak2 memang akan suka sangat pool ni. Mau taknya macam playground dalam air. Slide dia sesuai untuk anak2 umur 3tahun ke atas. 2 tahun ke bawah tu mak atau ayah sila pegang ye. Cuma bila ramai kolam ni sesak sikit sebab tak besar mana.



Yang ini pun kolam suhu biasa. Besar sangat! Masa awal pagi memang tak ramai orang. Syoklah kan sekali datang serombongan budak2 sekolah penuh terus.hehe..

Kolam ni best jugak. Depan tu cetek je makin ke dalam makin dalam. Ada slide 2. Besar dan sangat luas.

Ok, hotspring pula..........main attraction tempat ni la kan...

Kolam utama yang boleh berendam sampau kepala ada satu. Yang lain2 untuk rendam kaki je dengan pelbagai range suhu.

Kolam utama dia luas. Air mengalir, jadi jangan risau ye. Sedap masuk kolam ni. Ada sorang pakcik ni cerita kolam ni ada brlerang dah letak buat ubat. Masuk dalam 30minit kena keluar balik minum air. Takut dehidrasi. Ha pastu nak masuk balik takpe. Sebab tu lina pesan bawa sesiap air masak.

Luas kolam air panas nak berendam ni. Lagi ke belakang suhunya makin panas sebab dekat dengan kolam utama (punca). Airnya mengalir turun ke sungai...
Boleh pilih mana2 port nak duduk. Ingat....kena pastikan minum air banyak2 ye.

Kolam air panas pelbagai suhu ada banyak. Dari range 30-35°c, 35-40°C, 42-50°C, ni semua takleh berendam ye. Setakat kaki je boleh. Tips taknak rasa panas dekat suhu yang tinggi : masukkan kaki terus pijak dasar dan jangan goyang2. Air tak terasa menyengat panas malah selesa. Kalau masuk goyang2 kaki kat suhu tinggi memang tak tahan.

Ini yang paling suam. Budak2 pun boleh rendam kaki. Yang belakang lina tu panas sikit. Dan sekeliling ni ada banyak lagi.

Ok, satu tarikan unik, boleh rebus telur. Tapi tak boleh bawa dari rumah. Kena beli kat sini. Dia siap bagi mangkuk, sudu dan kicap. Tapi kitorang cuma tengok orang buat sebab masing2 kekenyangan. Siapa nak habiskan telur2 tu kang.

Kat celah batu berasap tu.

Ok, satu lagi tarikan buat anak2 adalah kemunculan spiderman! Yang ni taktau lah kebetulan atau ada hari2 ada. Anak kedua lina memang sangat excited lah kan. Sebab dia suka spiderman. Aduhai...haha


Haa setakat ini jela reviewnya ye.

Bagi lina tempat ni sesuai sangat nak bawa family dari anak kecil sampailah ke atok nenek....

Semoga bermanfaat!!

About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment