Saturday, March 10, 2018

Kenangan Bersalin Anak Ketiga

Alhamdulillah usia permata hati ke3 sudahpun 9hari tatkala mama sedang menaip memory untuk tatapan masa depan nanti.

Setiap anak kisahnya berlainan sungguh. Tiga anak tiga kisah berlainan. Boleh tengok kisah anak sulong dan kedua di labels di bawah ye.

Anak ke3;
Due 25/2/2018

26/2/2018: daily daptone checkup
Dengar heartbeat baby. Hari ni doktor dah tetapkan 3/3 untuk serah diri dan 4/3 induce.

27/2/2018: daily daptone checkup. Normal...
Petang tu mama berjalan kat taman depan agak extreme sikit. Lebih 10round non stop. Squat pun berkali2.

28/2/2018 : daily daptone checkup. Heartbeat baby >160 dan ada cecah 181. Refer pada doktor, doktor suruh balik rehat dan datang 2pm. 2pm datang, dapat around 158 - 161. Tapi sebab dekat border line doktor suruh buat ctg dekat hospital. Dapat surat referal dan diingatkan yang berkemungkinan kena warded. Jadi balik rumah tu mindset dah tahu "aku mungkin kena warded". Siap2 sikit apa yang patut, mandi2. Bag memang dah ada dalam kereta. On the way siap makan roti kaya mamak dengan coconut shake 😅.

Ok sampai je hospital, buat ctg heartbeat rentak tak berapa cantik. Doktor datang dan seluk. Huwaaaaaaa sakit! Bukaan 2cm. Check suhu 37.7. Demam rupanya. Tak sedar pun. End up dengan arahan untuk warded. Baiklah.

1/3/2018: Pagi masa doktor buat round kena seluk lagi masih 2cm. Puas mama pujuk2 baby. Menginap lagilah di bed3.

2/3/2018: Sekali lagi seluk, 3cm. Tak demam dah. Tapi sebab dah overdue dan memang dah patut serah diri doktor tak benarkan balik pun. Menginap lagilah di bed3.

3/3/2018: Pagi tu bukaan 4cm dan dah dapat arahan untuk ke labour room. Disebabkan tak rasa sakit, lina pun cuba untuk melengahkan dengan minta nak makan dulu lah nak mandi dulu lah. Sekali dapat tahu bilik acc bersalin penuh! Kena tunggu. Dalam hati suka sebab tahu kalau belum sakit nanti kat sana kena pasang ctg semua dah takleh makan minum takut tiba masa takde tenaga. Jadi pagi tu duk round je wad tu. Masuk toilet duk buat squat. Dengan harapan bukaan makin cepat.

1.40pm: Dalam toilet dengar nurse panggil nama. Pergi labour room katanya...... Sampai kat katil dah nampak dah katil yang ada roda tu siap untuk ditolak. Berdebar tak terkata. Pagi tu dah telan 7biji kurma. Pukul 10am makan kuewtiaw. Tu je lah last makannya.

2.00pm: Dah dalam labour room, mesin ctg dipasang, air ketuban dipecahkan (baru tau ia dipanggil erm), dan baringlah lina dengan tenang (berdebar sebab depan lina ada seorang yang tengah menahan sakit).

6.00pm: Dah 4jam, lina masih belum sakit.huhu.. demam pulak. Kena drip air dan makan panadol. Misi bagi kain basah suruh lapkan muka dan badan. Check bukaan baru 5cm. Kiri tu dah drip air untuk bantu rasa contraction. Kanan tu air biasa. Lina belum sakit, doktor macam pelik sebab patutnya drip ubat tu kena sakit dan bukaan semakin cepat. Ada dua orang lagi patient masuk tengah sakit2 sorang tu misi cucuk epidural sorang lagi sedut gas. Doktor yang jaga lina kata, bed 2 tak perlu. She seems ok. (Memang belum rasa lagi sakit).

7.00pm: Dah berganjak malam, mula rasa sakit, macam senggugut gitu. Bagitau doktor. Happy doktor tu.hehehe... Dia kata bagus2 nanti nak teran panggil.

8.00pm: Seorang lagi selamat beranak, lina dah dengar dua orang dah dari 2pm tadi tu. Dalam labour room tu ada 4katil je dan dipisahkan oleh langsir. Nak teran je baru langsir ditutup. Comtraction semakin kuat...adoidoi........mujur dia datang dan hilang....sakit!

9.00pm: Macam nak teran. Panggil doktor, ramai datang misi je dah 4orang, doktor ada 3orang. Bermula sesi teran yang lina tak berapa pass kali ni sebab badan macam dah lemah dari 2pm tersandar kat katil kan. Dalam hati lina cakap "aku dah berjam2 dalam ni aku mesti kuat dan teran sampai keluar". Pluppp 9.13pm keluarlah baby ke3.

Legaaaaaaaaaaaaa

Bukan setakat di situ sakitnya, masa nak kekuar uri, jahit, masa tekan perut keluar darah kotor. Mujur baby terus diletak atas dada. Sambil mama usap2 baby sambil menahan sakit2.

Cukuplah setakat ini. Alhamdulillah kali ni terasa mencabar betul. Overdue dan 8jam diduk di labour room. Esoknya baby berak kencing t.hari dah boleh balik!!!


Nor Syafiqah binti Mohd Zaidi
3/3/2018
9.13pm
Dewan bersalin, Hospital P.Pinang

About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment