Tuesday, June 07, 2016

3 Langkah Asas Miliki Kulit Sihat


Langkah 1: Elak dehidrasi

Sekiranya air kencing anda bewarna pekat, itu bermakna anda hanya meminum air yang sedikit. Jika ini berlaku, kesan buruknya bukan sahaja kepada buah pinggang tetapi juga akan membuatkan kulit menjadi kering dan tidak lagi anjal.
Pastikan air diminum dengan banyak dan elakkan minuman berkabonat serta air manis. Bawa botol air ke tempat kerja dan pastikan anda meminumnya habis sepanjang waktu kerja. 

Langkah 2: Kurangkan Stress

Masalah akne atau jerawat lzim melanda mereka yang mudah stress. Bagi yang sudah mempunyai masalah ini, stress akan menyebabkan keadaan kulit bertambah teruk.
Tenangkan minda dan luangkan sedikit masa untuk bermeditasi selain memastikan juga waktu tidur anda mencukupi.

Stress yang keterlaluan boleh juga mendatangkan kesan kepada kesihatan secara menyeluruh. Jika anda berhadapan dengan stress, bertenanglah dan carilah punca ia brlaku, seterusnya selesaikan ia satu persatu.

Langkah 3: Gandakan pengambilan sayur-sayuran

Jika sebelum ini anda mengambil sayuran sedikit (atau sekadar untuk merasa), sudah tiba masanya anda berubah. Pastikan jumlah sayur sayuran yang diambil adalah dua kali ganda jumlah daging yang dimakan.
Seperti yang sedia maklum, sayuran mengandungi vitamin, mineral dan serat selain rendah lemak. Secara tidak langsung, kkulit anda semakin bersih dan cantik!

Anda juga boleh amalkan set cantik shaklee...
Klik sini dan boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut..


0135907399
Lina Iryani
Pengedar Shaklee ID 1201127



About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment