Wednesday, February 07, 2018

Persiapan Bag Hospital Mama dan Baby

Assalammualaikum mommies...
Lina baru je siapkan bag hospital sempena nak masuk minggu ke 38 esok. Ha! Baru nak kemas oi...orang dari minggu ke 30 dah standby... Takpe, yang penting sekarang dah siap dan suami dah letak tepi pintu rumah lagi...

Dalam entri lepas lina share tentang bag labour room. Klik sini...

Ok jom tengok apa kandungan bag hospital pula:

Barang baby:
✅Tuala
✅Lampin saiz biasa 2
✅Lampin besar 1 (nak bedung)
✅2pasang mittens and booties
✅Baju baby 4 (2lengan pjg, 2lengan pendek)-banyak sikit sebab kadang bby berak bocor kan
✅Barut (4helai)
✅Wet tissues
✅Pampers (14helai)
✅Sabun 
✅Minyak telon
✅Krim herbal blend shaklee

Barang mama:
✅Nursing bra 2helai
✅Pad (lina guna overnight biasa yang tampal kat underwear tak guna yang jenis tali tu)
✅Disposable panties 1pack (sangat penting sebab kalau bocor ke tak pening nak mencuci sikit2 je basuh buang terus)
✅Tuala
✅Kain batik
✅Stokin tebal
✅Baju nursing (utk balik rumah nanti)
✅selipar
✅Toiletries 
✅Minyak herbanika

Yang ni semua lina masukkan dalm satu bag je. Takde buat bag baby asing dengan bag mama. Sebab takut suami tak ingat kang.hehehe... Maklumla ni anak ke3 nanti nak uruskan yang besau dua orang. Cuma pesan bag biru ni bag hospital. Abg angkat yang ni je kalau emergency. Dalam ni dah ada bag hijau kecik untuk labour room.


Makanan2 dan yang lain2 macam hp, charger, quran, itu semua kemudian. Yang penting untul standby bila2 masa ni dulu. 

Ok, bileh share untuk kegunaan mommies lain.hehe

Doakan lina ye...

Lina kali ni berpantang dengan SET SHAKLEE dan beberapa item NONAROGUY. Nanti lina share entri tentang set berpantang pula ye..

p/s: rasa lega bila dah nampak kewujudan bag hospital.hehe


About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment