Tuesday, August 23, 2016

Ireach Superstar Gathering



Sabtu lepas, 20 Ogos Lina dapat hadirkan diri ke satu perjumpaan family Ireach...selepas setahun lebih join Shaklee ni, ni lah kali pertama join Ireach Superstar..memang excited yang amatlah.hehe

Alhamdulillah thanks to kak haida yang sudi datang dari masjid tanah jemput lina kat semabok dan drive ke putra heights..semangat dua2 nak pergi tau.. Padahal petang sebelumnya tu lina diuji dengan kemalangan sedikit...Alhamdulillah dah setel, mujur takde apa yang serius, kereta boleh direpair kan...Allah nak tegur supaya hati2 tu....

Ok, balik pada Ireach superstar.hehe....korang tau tak kitorang semua berbaju raya tapi bukan pada hari raya...yelah sebab nak sambut raya yg dah lepas...jadi yang masuk bangunan ITQAN hati tu pakai cun2 hensome2 orang pun pelik, ni dah apahal kan bulan Ogos dah berbaju Melayu bersampin bagai..hahaha

Ireach ni diterajui oleh Master Lyna Noh dan suaminya Master Zainul, lina ni dah berapa lapisan ke bawah dah ni, syukur sangat tau dalam susur galur ni...sebabnya kalau nak berbisnes kena ada mentor yang hebat dan betul....dan upline2 Lina ni memang hebat2 belaka...meh nak cerita sikit2 apa yang excitednya sangat Lina hari tu

Lina dapat award naik rank!

Lina dapat dengar sharing live dari kedua2 master Lyna dan master Zainul

Lina dapat dengar sharing dari mereka yang skor ni live!!memang inspiring!!
Paling lina kagum dengan kak Nas, umur dah 48tahun tapi dapat income bisnes 4angka tau, keje hakiki sebagai cikgu, anak ada 7, facebook tak pernah ada sekarang dah ada siap friends lebih 1000 dah kottt...keyword dia➡rajin

Lina dapat jumpa kawan2 yang selama ni dalam alam maya je, seeius diorang ni lagi cun face to face....sebab amik shaklee kot...kan awet muda..heheh

Paling lina terharu dapat jumpa team sendiri lah, upline2 yang best, sideline...dalam shaklee je sideline rajin berkongsi takde nak selindung2



About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment