Wednesday, December 07, 2016

Bercerai Susu (Bahagian 3)

Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah malam ni lina berkesempatan nak berkongsi cerita bahagian 3 dalam journey nak "wean off" ni, meh baca cerita terdahulu dulu :
Part 1
Part 2

Dengan jayanya anak lina yang kuat mengempeng ni dah pun boleh stop tapi ada masa dia menyendeng2 tapi tak mintak2 pun.. :)

Sedih??memang sedih....huhuhuhu...mommies yang melalui mesti faham sangat kan...bayangkan nak kena kentalkan hati tengok anak yang tiap malam tido bawah ketiak sebab nak susu ni tido sendiri sebab dah mengantuk sangat..uhuhuhu......nak kena pujuk drama dia atau biar je....berbaur2 hati ni.....

Awal2 susah, lama2 dia dah faham..susu tak sedap katanya sebab lina taruk serbuk teh...jadi dia geli2 lah tengok.haha....terpaksa mak nakk....

Ni antara tips yang lina apply:

1) Bagitahu awal, cakap adik dah besar, tak boleh minum susu mama dah...malu lahh...
(Tapi masa cakap ni lina belum start lagi wean off, saje cakap2 dulu, psycho dulu ye.hehe)

2) Lina cari susu yang dia boleh minum. Sebab anak lina ni memang tak pernah minum susu formula dan dia memang tolak habis. Tak sedap dia kata.huhu...
Lina bagi rayden susu kambing perisa coklat, alhamdulillah dia nak.

Nak jadi cerita balik penang ni susu tinggal sikit pastu habis! Aduhai...kebetulan anak buah minum sustagen coklat, lina bancuh, dia cakap tak sedap!! Ehh?? Dia tau beza tasa susu lembu dgn susu kambing!
Alhamdulillah ada jual jenama syamil kat giant, dia nak minum. Kesimpulan yang lina boleh buat, anak lina cuma nak susu kambing je selain susu ibu lah.

3) Stop slow2. Lina mulakan dengan tak bagi langsung dia ngempeng waktu siang. Selalu balik kerja je terus nak susu. Ni lina lekakan dia. Sampai lupa pasal susu. Pastu bagi makan kenyang dan minum susu kambing tulah. Tapi dalam 2 kali je dia minum sehari. Malam2 lina bagi dia mengempeng sambil cakap nanti takleh minum dah.
Bila cakap gitu, dia babab mama dia ni haa..huhu...sabar jela...

4) Wean off malam pun tak berterusan. Lina letak serbuk teh...cakap susu busuk... Memang dia taknak sebab geli tengok. Pastu merajuklah..nangis2...
Ingat, hati kena kental..walau tak kental mana.huhu...
Bila dia tertido selalunya kalau bangun kan terus nam sumbat susu kan...masa ni lina masih bagi lagi...jadi takdelah strict terus no!

5) Bila siang dah stop, malam tido dah stop, bab terjaga tengah malam ni... Ini hati mau kental, boleh standby susu botol, atau tepuk2 je, mcm lina ketuk tepi katil..pastu cakap "kinah tido ni dia tak minum susu mama lah, dia baik, jangan tangkap dia"....sebab dia takut sikit bunyi ketuk2.....(alahai...yg ni mcm tak berapa syok buat tau.huhu)

Oklah, setakat 2hari ni boleh dikatakan berjaya dah...cuma dia ada jugak datang elok landing atas riba nak susu...
Pastu kenalah cakap, mama buat dalam botol ye...pastu bagi dia minum botol sambil peluk2 cium2......dah biasa berkepit kan..hehe

Eh, sebelum tutup lina nak kongsikan yang perjalanan 2tahun 8bulan susukan anak lina ambil SET PENYUSUAN SHAKLEE, jadi mommies boleh hubungi lina untuk maklumat lanjut.

0135907399
Lina

About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment