Thursday, May 31, 2018

Tips Bersemangat Mulakan Minggu

Esok Kerja? Mahu Semangat ke Tempat Kerja? Ikuti Tips-Tips berikut:

1. Tidur lebih awal dan elakkan aktiviti luar pada malam itu. Sebaik-baiknya pilih hari Sabtu untuk keluar bersama keluarga.

2. Lakukan persiapan untuk keesokan hari lebih awal (sebaiknya waktu malam sebelum)

3. Bertenang dan tarik nafas setiap kali bangun pagi. Jangan lupa berdoa selepas solat subuh agar diberi kekuatan dan semangat untuk menempuh kehidupan hari ini.

4. Bersenam setiap pagi sememangnya diketahui akan manfaatnya untuk kesihatan tubuh.

5. Rancang perjalanan anda setiap hari. Keluar lebih awal untuk ke tempat kerja.

6. Sebelum keluar rumah, jangan lupa berniat di dalam hati. Mulakan dengan Bismillah...dan lebih utama niatkan dalam hati apa yang kita lakukan adalah kerana Allah.

7. Jika timbul rasa malas, bosan dan tidak bersemangat, cepat-cepat sedarkan diri anda. Buka minda dan hati.

8. Hayati keindahan alam mampu mengundang ketenangan. Hirup udara segar di pagi hari dan bersyukurlah masih dipanjangkan usia dan mengagumi ciptaan-Nya.

9. Mulakan sarapan di pagi Isnin dengan secawan kopi atau teh panas.

10. Bayangkan perkara-perkara positif di tempat kerja pada malam Ahad. Jangan bertangguh kerja dan jika berlaku kesilapan, jangan rasa takut kerana manusia belajar menerusi kesilapan.

11. Kemaskan ruang kerja pada hari Jumaat sebelum pulang dari kerja bagi memastikan mood dalam keadaan baik pada pagi Isnin.

12. Fikirkan idea-idea kreatif yang boleh aplikasi di tempat kerja esok hari.

13. Dari segi penampilan diri, cuba ubah suai penampilan anda supaya tidak bosan.

14. Amalkan gaya hidup sihat iaitu pemakanan dan diet yang betul, bersenam secara konsisten dan sentiasa berfikiran positif.

15. Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah.

16. Paling penting, jangan lupa berdoa moga hari Isnin anda ceria.

Doa ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :
اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
*“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)*

About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment