Tuesday, June 06, 2017

Memberi Bisnes Kad Secara Profesional


Dalam dunia bisnes, walaupun lina banyak menggunakan bisnes online. Namun lina tetap menggunakan medium offline terutama bila rakan-rakan sepejabat yang 'approach' untuk mendapat maklumat lanjut. 

Dalam medium bisnes offline, memiliki kad bisnes adalah sesuatu yang penting. Lina berpeluang mengikuti satu kursus tentang penampilan profesional dan salah satu yang lina pelajari adalah tentang bisnes kad. Barulah lina tahu, memberi dan menerima bisnes kad mempunyai etika dan tidak boleh sebarangan. Bisnes kad ini umpama "muka" pemiliknya.

Antara yang ditekankan adalah:
1) Memberi bisnes kad hanya apabila ditanya atau diminta. Ingat kad bisnes bukan flyers.
2) Semasa memberi, halakan tulisan pada bisnes kad kita kepada penerima.
3) Pastikan kad dalam keadaan elok. 
4) Apabila menerima bisnes kad dari orang lain jangan sesekali menulis apa2 pada kad itu melainkan kita bertanya dan tuannya memberi izin. Walaupun mahu membetulkan apa2 maklumat.
5) Jangan sesekali menyimpan kad seseorang di poket belakang seluar apabila menerima kad itu. 
6) Selepas terima, baca dahulu. 

Memberi dan menerima kad dengan penuh adab sopan. Hormati orang lain sepertimana anda mahu dihormati.

Sekian, pesanan dari Mentor Bisnes AuroraFamily.

Nak mulakan bisnes? hubungi
0135907399
Lina Iryani
Bisnes Mentor
Leader AuroraFamily

About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment