Sunday, June 04, 2017

Raya Isteri Seorang Pelaut

Assalammualaikum semua...
Tiba2 lina rasa nak kongsikan detik raya pertama selepas mendirikan rumah tangga.hehe
Sebabnya lina adalah isteri seorang pelaut. Nak mudah faham, engineer kapal. Ye, kapal. Kapal yang pergi ke tengah laut sana ke pelantar2 minyak tu. 

Jadi, untuk menyambut Hari Raya bersama suami tercinta adalah bergantng pada contractnya di kapal. Katakan masih lagi di kapal maka beraya lah lina bersama keluarga tanpa suami di sisi. Kalau kebetulan waktu sign off, maka dapatlah kami beraya bersama. 

Kahwin 2010, 
2011- suami atas kapal, jadi lina beraya bersama keluarga. Masa ni sedang hamil anak sulong.
2012- suami baru sign off. Ni kali pertama kami beraya bersama. Diserikan pula dengan permata hati sulong Ahna Sofiyyah. Baju raya kami beli di bazaar beberapa hari sebelum raya.


2013- suami atas kapal, Masa ni mengandung anak kedua pula..
2014- suami sign off beberapa hari sebelum raya. Berdebar juga andai tak turun sebelum raya. Baju raya sekali lagi kami luangkan masa sehari pusing-pusing dan beli. Warna pun on the spot je pilih. Sempoi je!


2015 - suami atas kapal. Beraya bersama dua puteri dan keluarga. Tabah betul di pagi raya.
2016 - suami ada bersama. Tapi seminggu sahaja sebelum naik kapal semula. Alhamdulillah, puas juga buat persiapan raya. Kuih raya penuh semua balang tapi tak sempat buat open house.hehehe


2017 - InshaAllah, dapat raya bersama suami. Sebab suami sedang sambung belajar untuk naik next level. Kalau tak, atas kapal agaknya. Persiapan? Sederhana sahaja. 

Saje lina coretkan di sini sebagai kenangan. Menjadi isteri pelaut memang perlu tabah. Alhamdulillah, berlapang dada dan bergembiralah kerana terlalu banyak nikmat Allah kurniakan untuk bersedih. 

Dan aturan Allah itu cantik je bila dilihat. Selang setahun dapat berhari raya. Bukan dirancang tapi kebetulan. Ok lah tu kan?

Salam Ramadhan semua!

Teruskan berebut ganjaran Ramadhan...


About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment