Thursday, December 14, 2017

Port Perkelahan Menarik Di Penang Selain Batu Feringghi

Salam sejahtera semua...

Lina ni anak kelahiran Pulau Pinang. Bersekolah dan membesar di sini cuma setelah berkahwin dah berhijrah ke selatan Malaysia iaitu Melaka.

Selalunya, kalau nak ke pantai di Pulau Pinang, ramai yang akan memilih ke Batu Feringghi kan ataupun Tanjung Bungah. Minggu lepas, lina baru pertama kali sampai ke pantai yang cantik dan "port" yang memang syok untuk berkelah. Haaa tempatnya adalah GERTAK SANGGUL.
Lina pun pertama kali sampai..hehe. Kawasannya di perkampungan. Bagi yang mahu menyewa kemudahan seperti bbq, ruangan berteduh, chalet, boleh menyewanya dengan DMemori Gertak Sanggul. Disebabkan ada hari keluarga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia cawangan Pulau Pinang, jadi kami semua menyewa kemudahan2 ini termasuk homestay kecil dan tandas.

Details harga lina tak pasti sebab lina ni peserta je. Yelah, datang dari Melaka.hehehe... Tapi lina belajar silat dari peringkat asas hingga potong di cawangan PP. Tamat sahaja di kelas Matrikulasi UIA..eh topik lain pula.hehe



Belakang tu ada laluan untul nail ke homestay kecil di mana kami bersihkan diri untul solat. Dalam rumah tu lengkap ada bilik tidur dan dapur. 

Oh ya, menurut mak, laksa tempurung di sini sangat popular. Memang nampak banyak kereta di situ dalam haluan pulang. Tapi tak berhenti pun sebab masing2 dah keletihan dan kekenyangan. 

Ok bagi peminat pantai dan laut, cubalah datang ke Gertak Sanggul pula selain Batu Feringghi.




About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment