Friday, December 01, 2017

Puding Custard Jagung

Sempena cuti umum Maulidur Rasul ni lina nak kongsi resipi puding custard jagung. Alahai, orang 'rajin' memang suka buat resipi yang mudah.hehehe


Ha ini bahan yang diperlukan

1 1/2 cawan tepung custard
2 1/2 cawan air kosong
1tin susu cair
1 tin jagung 'creamy'
5 sudu besar susu pekat
4sudu besar gula

Cara2:
  1. Letakkan tepung custard, air, susu cair..gaul sebati, taknak ketul2
  2. Campurkan jagung tadi, susu pekat, gula, kacau lagi bagi sebati.
  3. Nyalakan api kecil dan mulakan memasak.
  4. Gaul2 sehingga pekat, berkilat dan likat.
  5. Letak dalam bekas, sejukkan. Siap!

Ni pembantu2 cilik. Masa belum panas masing2 nak kacau. Dah mula pekat mama lah yang kena kacau. Bab kacau ni lama, sebab nak tunggu pekat tak boleh berhenti kacau. Nanti bawah dia keras.

Oh ya, lina guna cawan ni.

Sejukkan dulu dalam bekas ni. Baru alihkan ke peti ais.

Esok boleh makan sejuk2. 

Haa...yang bekas kat periuk tadi, licin budak2 ni ratahkan.

Silakan mencuba. Lina suka benda2 ringkas ni.hehe

About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment